TRW silap besar, punca kempunan trofi Liga Perdana? – Sukan


KEKALAHAN Kelantan FC 1-2 di tangan Selangor FC II di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Ahad menjadikan peluang buat skuad The Red Warriors (TRW) menjulang juara Liga Perdana semakin tipis.

Mana tidaknya pesaing terdekatnya, Johor Darul Takzim II (JDT II) yang menang besar 3-0 selepas membenam Terengganu FC II memperoleh 39 mata dengan meninggalkan TRW di kedudukan kedua yang kini memiliki 36 mata.

Bagi penyokong TRW, langkah kiri yang dilakukan oleh pasukan Kijang Emas sehingga tidak dapat mengekalkan momentum mereka adalah sewaktu jendela perpindahan musim kedua Liga Malaysia.

Sewaktu jendela perpindahan kedua musim ini, Kelantan membuat keputusan untuk meminjamkan pemain tengahnya, Mior Dani Armin kepada Sri Pahang FC; bintang import Indonesia, Nataneal Siringoringo ke Dewa United; dan Farhan Roslan ke Sabah FC.

Kesemua pemain berkenaan adalah tonggak TRW sejak awal musim ini dan ketiadaan mereka sememangnya dirasai oleh penyokong Kijang Emas.

Antara barisan pemain sewaktu menentang Selangor FC 2. — Facebook TRW

“Jika diperhati yang dilepaskan seperti Farhan Roslan, Siringgo dan Fadel Antar adalah pemain-pemain barisan depan. Pemain yang masuk Felipe Hereda, Latiff Shuhaimi dan Shafiq bukan pemain barisan penyerang.

“Kenta Hara yang masuk ganti lebih teruk daripada Ringgo. TRW tidak bawa masuk pemain barisan depan. Ia diterukkan lagi dengan kecederaan Kervens Belfort dan prestasi Nixon Guylherme yang menurun,” tulis penyokong, Abdul Rahman Samad.

Bukan sahaja kehilangan beberapa pemain dirasai, malah jurulatih kecergasan, Kamarul Dinis Kamarudin ke Melaka United pada Jun lalu turut memberi kesan.

“Los Corpas dulu bertindak sebagai match analysis kini nampk dia tanggung tugas jurulatih kecederaan.

“Ketiadaan assist head coach yuyu yang kini jadi jurulatih PSPS Riau dan pengurus pasukan Qusmaini yang juga ke Riau sedikit seanyak juga memberi kesan,” katanya.

Keputusan 2-1 menyaksikan Kelantan terpaksa akur gagal meraih tiga mata di laman sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lokman Hakim: Pembantu kedai di Jerantut bintang baharu dalam pembikinan? – Sukan

Next Post

Nunez bawah par, Liverpool terdesak buru ‘Thierry Henry’ – Sukan

Related Posts