TRW perlu bereksperimen, 3 pertukaran drastik jika mahu curi mata di Darul Aman – Sukan


IMPIAN kelab Pantai Timur, Kelantan FC untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam Liga Super seperti berdepan kesukaran apabila mereka bakal berdepan cabaran hebat daripada Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah pada Jumaat itu boleh dikatakan lebih memihak kepada skuad Sang Kenari.

Manakan tidak, jurang yang cukup besar antara kedua-dua pasukan dalam carta Liga Super merupakan satu cabaran besar buat pasukan pelawat.

Tambahan pula, berdasarkan 10 perlawanan liga ketika ini, skuad Sang Kenari tampil sebagai salah sebuah pasukan dengan jentera serangan terbaik.

Ia dibuktikan dengan 17 gol yang dijaringkan pasukan tersebut dalam aksi-aksi berkenaan dengan penyerang kelahiran Brazil, Willian Lira tampil sebagai penjaring terbanyak dengan lima gol.

Bernhardt masih belum membawa pulang sebarang mata buat skuad TRW. — Facebook/TRW Kelantan FC

Hal itu pastinya cukup menggusarkan ketua jurulatih Kelantan FC, Frank Bernhardt memandangkan rekod pertahanan mereka cukup mengecewakan selepas 34 kali dibolosi setakat ini.

Oleh itu, pihak kejurulatihan skuad The Red Warriors (TRW) pastinya berusaha untuk mengambil pendekatan terbaik dengan harapan untuk mengubah nasib pasukan.

Namun, dengan hanya empat dikutip mereka setakat ini, kesemua pihak pasti akan sudah berpuas hati sekiranya dapat membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

Persoalannya, melihat kepada kualiti kedua-dua pasukan, apakah lagi yang boleh dilakukan Bernahrdt dan pasukannya untuk merealisasikan impian itu?

Berdasarkan pemerhatian Majoriti, terdapat tiga perubahan penting yang boleh diambil pihak kejurulatihan TRW untuk memberi cabaran buat KDA FC.

1. Gugurkan Nuha Marong

Selepas 10 perlawanan Liga Super, pasukan kedua tercorot Liga Super itu hanya menjaringkan 12 gol, yang mana menyukarkan usaha mereka untuk membawa pulang sebarang mata.

Isu tersebut adalah berpunca daripada ketumpulan jentera serangan, lebih-lebih lagi penyerang kebangsaan Gambia, Nuha Marong yang masih belum menjaringkan sebarang gol.

Sejak tiba dari kelab India, Rajasthan United pada pertengahan jendela perpindahan yang lalu, pemain tersebut terus bergelut setiap kali diturunkan.

Ketumpulan Nuha Marong membangkitkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong. — Facebook/TRW Kelantan FC

Di samping gagal memanfaatkan ketinggiannya yang mencecah 1.93 meter, Nuha dikatakan terlalu mudah merebahkan diri jika diasak pemain lawan.

Bagaimanapun, dengan ketiadaan seorang lagi penyerang untuk digandingkan di samping penjaring terbanyak, Ismahel Akinade, pemain berusia 29 tahun itu masih belum digugurkan.

Namun, dengan skuad TRW terlalu mudah dibolosi ketika ini, Berhardt perlu mengambil inisiatif berbeza dengan menggugurkan pemain berkenaan.

Pendekatan itu dilihat mampu sekurang-kurangnya memastikan benteng pertahanan mereka tidak mudah dibolosi meskipun ia sedikit sebanyak menutup peluang pasukan untuk mencari gol.

2. Pilih pendekatan bertahan

Seperti diulas di atas, Kelantan FC perlu menggugurkan Nuha bagi memberi tempat untuk seorang lagi pemain yang mampu bertahan dengan lebih baik.

Walaupun perkara itu boleh ditafsir sebilangan pihak sebagai tindakan untuk mengibar bendera putih dengan lebih awal, ia boleh sekurang-kurangnya memberi mata buat pasukan.

Antara pemain yang boleh diturunkan ketika perlawanan itu ialah dengan meletakkan gandingan Yusri Yuhasmadi dan Khairul Helmi Johari.

Meskipun kedua-dua bek tengah itu tidak berada dalam prestasi terbaik, pengalaman mereka cukup penting untuk mengasak serangan demi serangan pihak lawan.

Pengalaman Khairul Helmi merupakan antara aset berharga. — Facebook/TRW Kelantan FC

Tambahan pula, pengalaman Khairul Helmi atau lebih dikenali sebagai Keon beraksi di Utara tanah air memberikan satu kelebihan buat kelab itu.

Selain itu, pendekatan lain yang boleh diletakkan Bernhardt adalah dengan menggandingkan Mario Arques bersama bekas pemain Sabah FC, Gerald Gadit.

Kawalan ketat di posisi tengah mampu memberikan peluang buat skuad TRW mengawal permainan dengan menghalang hantaran kepada jentera serangan pasukan.

Persoalannya, dengan Kelantan FC cukup terkenal dengan pendekatan menyerang, adakah pihak kejurulatihan akan mengorbankan pemain dalam jentera serangan mereka.

3. Eksploit kelemahan sayap Sang Kenari

Walaupun KDA FC mempunyai kelebihan dari segi serangan, mereka masih mempunyai kelemahan di benteng serangan selepas dibolosi sebanyak 15 kali dalam 10 perlawanan.

Perkara itu merupakan antara sebab pasukan itu berada di tangga kelima ketika ini, yang mana boleh dikatakan sebagai satu kekecewaan buat penyokong Hijau Kuning,

Antara kelemahan yang boleh dilihat dalam pasukan Utara tanah air itu ialah kekurangan pemain berkualiti sebagai bek sayap kiri dan kanan.

Jadi, dengan Kelantan FC mempunyai Ismahel yang tinggi lampai untuk menampan bola, ia merupakan peluang untuk anak-anak buah Bernhardt menjaringkan gol.

Ismahel (kiri) mempunyai kelebihan dari segi tandukan. — Facebook/TRW Kelantan FC

Meskipun mereka dinasihati untuk mengambil pendekatan bertahan, serangan balas yang laju diketuai pemain import dari Sepanyol, Miguel Cifuentes mampu memberikan ancaman buat kubu Sang Kenari.

Tidak cukup dengan itu, bek kiri KDA FC, Wan Amirul Afiq juga merupakan antara titik kelemahan pasukan itu memandangkan dia sudah dilayangkan kad merah sebanyak dua kali dalam liga.

Oleh itu, jika mereka dapat memberi tekanan di posisi berkenaan, ia mampu membuka peluang keemasan untuk pasukan Pantai Timur tersebut mencatatkan kemenangan kedua mereka musim ini.

Tetapi, memandangkan pemain tengah Kelantan FC, Ikhwan Yazek terpaksa disisihkan, kualiti hantaran ke dalam kawasan berbahaya akan mencetuskan kegusaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

FAM dedah masa depan Richard Chin, 2 bintang luar negara bakal sertai HM hadapi kelayakan Piala Asia B23 – Sukan

Next Post

Piala Sudirman: Malaysia berjaya elak jumpa China, berdepan Denmark di suku akhir – Sukan

Related Posts