Triple H masuk hospital, apa sebenarnya yang berlaku?

PEMINAT WWE pastinya sudah tidak asing lagi dengan nama Triple H.

Terbaharu, penggusti legenda itu dikhabarkan terkena serangan jantung, namun kini berada dalam keadaan stabil.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web mereka pada Rabu, WWE memaklumkan Triple H telah selamat menjalani satu prosedur pada minggu lalu.

Prosedur melibatkan Triple H atau nama sebenarnya Paul Levesque itu dijalankan di Hospital Yale New Haven di Connecticut.

Dalam pada itu, khabar duka berkenaan turut meraih perhatian peminat yang banyak menghantar mesej sokongan buatnya di media sosial.

Ujar pihak WWE, Triple H dijangka akan pulih dalam masa terdekat. – Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penuh bergaya! Ronaldo tiba untuk latihan Manchester United dengan Lamborghini

Next Post

PUBG Mobile jana RM1.12 bilion pada Ogos, Free Fire muncul permainan mudah alih terlaris di Play Store

Related Posts