‘Treler’ kita bocor — Fandi – Sukan


GOL daripada penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Bergson da Silva pada minit kecederaan babak pertama perlawanan ‘membunuh’ semangat Sri Pahang FC untuk bangkit pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Rabu.

Ketua jurulatih skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad berkata, dia yakin pasukannya dapat mengubah keputusan permainan sekiranya tiada jaringan awal daripada Harimau Selatan.

“Gol tersebut agak ‘killer’ dan meruntuhkan semangat kita. Jika keputusan 0-0 pada separuh masa pertama, perlawanan pasukan pasti berubah.

“Saya ada cakap sebelum ini kita akan letak ‘treler’ (pertahanan) depan gawang pada perlawanan ini, tetapi treler kita bocor pula,” katanya.

Gol Bergson pada separuh masa pertama menyukarkan usaha Sri Pahang. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Menyifatkan pasukan kendalian Esteban Solari itu sebagai yang terbaik dalam liga, Fandi yang juga bekas pemain Pahang bagaimanapun berbangga kerana pemainnya dapat memberikan tentangan dan persembahan terbaik.

Fandi berkata, hal ini kerana tiga tonggak utamanya Nor Azam Azih, Sergio Aguero dan Lucas Silva tidak dapat diturunkan akibat kecederaan

Selain itu, pasukan Pantai Timur itu turut tidak dapat mempertaruhkan Syazwan Andik, Izham Tarmizi Roslan dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham yang merupakan pemain pinjaman JDT.

Sementara itu, Solari menyifatkan perlawanan bertemu Sri Pahang FC sukar, namun pemainnya mempunyai kemampuan untuk memecahkan pertahanan dirancang Tok Gajah.

“Saya setuju perlawanan ini memang sukar, kami tahu mereka akan bertahan dan kami cuba mengawal permainan.

“Kami lihat Sri Pahang FC juga telah melakukan beberapa percubaan tetapi pertahanan kami berjaya menghalang mereka daripada menjaringkan gol,” katanya.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan itu menyaksikan JDT menundukkan Sri Pahang FC 2-0 sekali gus memadam rekod tanpa kalah skuad Tok Gajah itu dalam Liga Super

Dengan kemenangan kali ke-12 berturut-turut, JDT kekal sebagai pendahulu liga dengan 36 mata sementara Sri Pahang kekal di tangga ketiga dengan 25 mata dikumpul. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bukan hanya isu jersi, TRW mungkin kena ‘blacklist’ FIFA atas 3 faktor – Sukan

Next Post

Teong Kim digugurkan? 2 nama dipetik sesuai pikul tugas kemudi Perak FC – Sukan

Related Posts