‘Top scorer’ AFC sasaran Kedah perlu buang perangai Jaap Stam sebelum jejak Darul Aman – Sukan


HAJAT untuk melihat bintang dari kelab Turkiye menyarung jersi Kedah Darul Aman (KDA) FC pada musim 2023 nampaknya perlu dilupakan oleh penyokong Sang Kenari.

Impian penyokong itu mulai hadir selepas skuad Hijau Kuning memutuskan untuk berdepan kelab ternama mengadakan sesi perlawanan pramusim selama seminggu di Turkiye.

Lawatan ke Turkiye itu membuatkan penyokong memasang impian untuk melihat KDA FC membawa pemain dari kelab negara tersebut bagi menguatkan lagi pasukan berpangkalan di utara tanah air itu.

Bagaimanapun, angan-angan penyokong itu terkubur selepas khabar angin mengatakan pihak penguruan Lang Merah kini sedang dalam proses mengikat penyerang kelahiran Brazil bagi membantu Willian Lira mengetuai jentera serangan KDA FC pada musim depan.

Bintang import yang dimaksudkan ialah pemain dari liga Vietnam, Viettel FC, Pedro Paulo yang kini sudah berstatus tanpa kelab di laman Transfermarket.

Menerusi laman Transfermarkt , kontrak Paulo bersama Viettel FC telah pun tamat sejak 1 Disember lalu dan ia menguatkan lagi khabar angin bahawa dia merupakan pemain sasaran KDA FC.

Paulo bukan nama yang asing dalam landskap bola sepak Asia Tenggara berikutan ketika bersama Viettel, pemain berusia 28 tahun itu dinobatkan sebagai penjaring terbanyak untuk saingan Piala AFC 2022.

Paulo merupakan penjaring terbanyak Piala AFC 2022. — Agensi

Pada kejohanan Piala AFC 2022, Paulo merekodkan lima jaringan bersama kapten Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Paulo Josue dan Jasur Hasanov dari Uzbekistan.

Selain itu, bekas pemain Sai Gon itu juga merupakan salah satu tonggak B-17 Brazil yang mana ketika itu dia berjaya membantu negara menjulang kejuaraan Kejohanan B-17 Amerika Selatan pada 2011.

Bagaimanapun, di sebalik cerita positif penyerang berbisa itu, terdapat berita kurang menyenangkan mengenai Paulo dan ia dilihat akan menjadi satu bebanan buat KDA FC.

Paulo sebelum ini pernah membuat aksi ganas sebagai bintang bola sepak profesional apabila dia dilaporkan mencekik pemain lawan sewaktu perlawanan berlangsung.

Perkara itu terjadi ketika perlawanan antara kelab yang diwakili Paulo iaitu Viettel menentang Hanoi bagi aksi Liga Vietnam pada Julai 2021 lalu.

Aksi sewaktu Paulo mencekik Thanh Chung. — Agensi

Sebelum kejadian itu, berlaku perselisihan faham antara Nguyen Thanh Chung dengan Paulo dan kemarahan tonggak dari Brazil itu tidak terkawal apabila dia meletakkan tangannya di leher pemain lawan tersebut.

Jika diimbau, tindakan Pedro itu kelihatan seperti aksi bekas pemain pertahanan Manchester United dan Belanda, Jaap Stam yang menakutkan pemain kelab Serie A, Lazio pada 2003.

Tangkap layar Stam mencekik pemain Lazio itu. — Agensi

Menerusi klip video perlawanan pada 2003 itu, Stam dilihat mencekik tonggak Lazio tersebut selepas dia mendakwa ditendang oleh pemain berkenaan.

Berbalik kepada Paulo, jika KDA FC ingin meneruskan niat untuk membawanya masuk, sikap panas barannnya diharap tidak berulang pada aksi Liga Malaysia (Liga M) nanti agar tidak memberi masalah disiplin kepada kelab. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pertama kali beraksi di Asia, pengganti Caion temui 2 faktor sesuaikan diri di Selangor – Sukan

Related Posts