Tonik Piala Malaysia sandaran Yusri Che Lah jinakkan Sabah FC – Sukan


PERAK FC berdepan perlawanan sukar apabila bakal berdepan Sabah FC di laman sendiri pada Ahad.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Perak FC berdepan cabaran getir apabila akan menghadapi pasukan pelawat yang berada dalam momentum terbaik ketika ini selepas berjaya memenangi empat perlawanan terakhir mereka dengan 19 jaringan terhasil.

Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah bagaimanapun mempunyai sebab untuk mendapat keputusan yang baik berikutan rekod pernah menewaskan Sang Badak pada aksi suku akhir Piala Malaysia 2023.

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah (kanan) berharap agar penyokong setia skuad Seladang akan memenuhi stadium dalam aksi berdepan Sabah FC. — Facebook/Perakfc

Dengan sokongan penuh dan semangat peminat skuad Seladang, Perak boleh membayangkan peluang mereka untuk satu lagi kekecewaan terhadap pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu.

“Permainan mereka sememangnya cekap dan dahsyat. Saya menyaksikan aksi mereka menentang Terengganu FC dan kemenangan menakjubkan dalam Piala AFC ketika berdepan Hougang United.

“Mereka juga menyasarkan tempat ketiga liga dan pastinya mahu mengalahkan kami dalam apa jua cara.

“Tetapi ini adalah perlawanan terakhir kami di laman sendiri dan saya berharap stadium akan penuh dengan peminat yang menyokong kami,” katanya.

Perak kini menghuni tangga ke-11 liga dengan kutipan 22 mata manakala Sabah berada di kedudukan keempat dengan 48 mata. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mula sertai latihan, Fadhil Wahab ‘update’ status kecederaan 3 bek utama Sang Penyu – Sukan

Next Post

[VIDEO] Dulu ejek, kini gadis cilik Maghribi ubah angin minat Ronaldo lepas tonton aksi Al-Nassr – Sukan

Related Posts