Tonggak import tidak sabar lihat duo Sri Pahang gegarkan gawang TFC – Sukan


KEMUNCULAN semula penyerang import, Lucas Espindola daripada kecederaan telah mengembalikan senyuman kepada para penyokong Sri Pahang FC yang merindukan sentuhannya di atas padang.

Penyerang utama Pahang, Kpah Sherman gembira Lucas dapat kembali bersama-sama dengannya di bahagian serangan terutamanya menjelang aksi menentang Terengganu dalam Liga Super pada 26 April di Stadium Sultan Mizan.

“Saya biasanya mengharapkan sokongan dalam serangan dan saya akan mendapatnya dengan kembalinya Lucas.

“Dia kembali daripada kecederaan lutut dan saya yakin secara perlahan-lahan, dia akan kembali ke bentuk biasa,” kata tonggak berusia 31 tahun itu.

Musim ini, penyerang import dari Liberia itu sudah menjaringkan empat gol, membuat tiga hantaran bantuan dan berharap untuk menambah jumlah tersebut.

“Saya perlu menjadi penyerang serba boleh. Saya bukan sahaja menjaringkan gol, tetapi saya juga mahu membantu dan bertahan dari hadapan.

‘‘Tiga bantuan menunjukkan bahawa saya lebih gembira untuk membantu pasukan, dan saya akan terus melakukannya.”

Untuk rekod, Pahang tidak tewas dalam Liga Super selepas sembilan perlawanan dan kini skuad Tok Gajah berada di kedudukan ketiga dengan 19 mata.

Dalam usaha mengekalkan momentum positif yang baik itu, Sherman percaya pasukannya mesti memperhalusi lagi permainan mereka. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bijak rantai import Terengganu, Pahang, kini ubi muda Gergasi Merah senjata di Sukan SEA Kemboja – Sukan

Next Post

TFC nafi SSMZA alami kerosakan, beri jaminan 99 peratus sedia untuk Harimau Malaya – Sukan

Related Posts