Tok Gajah tempang tanpa 2 rekrut baharu di Paroi – Sukan


AKSI pertama Liga Super 2023 buat Sri Pahang bermula apabila berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) pada Ahad.

Perlawanan itu pastinya menjadi pertembungan yang amat dinanti-nantikan penyokong kedua-dua pasukan, sekali gus meletakkan harapan tinggi terhadap kelab masing-masing.

Kesemua mereka pastinya menantikan kemenangan bagi meraih tiga mata pertama dalam perlawanan pembukaan saingan Liga Super 2023.

Tumpuan utama akan diberikan terhadap pembangunan strategi membabitkan kedua-dua pasukan terutamanya Sri Pahang yang sebelum ini terlibat dengan rombakan pemain susulan prestasi kurang memuaskan pada musim 2022.

Nama Shamie Iszuan antara yang disebut pemain tercedera dalam skuad Tok Gajah.

Antara pemain tempatan yang meningkatkan kualiti skuad Sri Pahang ialah Fadhli Shas, Izham Tarmizi, Nur Shamie Iszuan, Syazwan Andik dan Azrif Nasrulhaq.

Manakala, bagi kuota import pula, Sri Pahang menambah pemain-pemain baharu seperti Stefano Brundo dan Michael Glassock selain mengekalkan Sherzod Fayziev dan Kevin Ingreso.

Bagaimanapun, timbul khabar angin yang mengatakan skuad Tok Gajah akan beraksi tanpa dua tonggak baharu iaitu Lucas Silva dan Shamie Iszuan.

Tangkap layar yang tular di media sosial yang mengatakan dua pemain utama Sri Pahang tercedera.

Hal ini kerana terdapat tangkap layar perbualan individu yang dikenali sebagai Bayu mengatakan kedua-dua pemain terbabit tidak dapat membuat kemunculan akibat mengalami kecederaan.

“Dengar citer (cerita) Lucas dengan dengan Shamie injured (cedera),” jelas kenyataan dalam tangkap layar.

Perkara itu tentu sahaja memberi kesan buruk kepada pasukan Sri Pahang memandangkan Lucas menggalas tanggungjawab posisi penyerang berbisa pasukan di samping Kpah Sherman.

Meskipun khabar angin tersebut hangat diperkatakan, namun tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat oleh pihak pengurusan Sri Pahang terhadap kesahihan kecederaan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ikut jejak Pan-gon, 8 pemain Korea atur langkah berkelana ke Liga Malaysia – Sukan

Next Post

Bukan sahaja de Paula, malah ex Perak, Penang juga ‘turun pangkat’ ke Liga M3 bersama Melaka FC – Sukan

Related Posts