Tok Gajah derita ‘penyakit tiada ubat’, kini serang 3 lagi kelab Liga Super – Sukan


ISU tunggakan gaji membabitkan pemain dalam kancah domestik seperti satu penyakit yang tiada ubatnya, berikutan saban tahun ada sahaja menjadi mangsa sehingga menyaksikan kelab mereka terjunam ke saingan Liga M3.

Musim lepas menyaksikan dua pasukan iaitu Sarawak United FC (SUFC) dan Melaka United FC (MUFC) turut terpalit masalah sama yang mana sehingga kini isu itu masih belum selesai.

Tahun ini pula, Kelantan FC menjadi pasukan berdepan masalah sama apabila kelab Pantai Timur itu difahamkan terpalit isu gaji dan tunggakan pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pemain serta pegawai berjumlah RM 435,227.70.

Majoriti sebelum ini melaporkan susulan masalah gaji melanda kem TRW, hanya 13 pemain difahamkan turun ke sesi latihan. — Facebook/TRW

Dalam sejarah tunggakan gaji menimpa beberapa kelab di Malaysia ini, Pahang FA merekodkan antara pasukan yang mengalami masalah gaji terburuk dengan menyaksikan pada 16 Jun 2014, satu laporan media mengatakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilanda masalah besar berikutan masalah tersebut.

Difahamkan, FAM pada waktu itu berdepan masalah besar dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) jika Pahang FA terus mengabaikan arahan badan induk antarabangsa itu untuk membayar tunggakan gaji kepada bekas pemain.

Ketika itu, FIFA mengarahkan pasukan Tok Gajah mematuhi arahan badan induk dunia itu dengan menetapkan 18 Jun 2014 sebagai tarikh akhir untuk membayar pemain import dari Rusia, Eduard Sakhnevich AS$48,000 (RM154,000).

Kontrak Sakhnevich ditamatkan sebelum waktunya pada 2012, ketika Pahang masih dalam Liga Perdana dan pemain itu dilaporkan mendakwa dia diperlakukan dengan cara tidak sepatutnya.

“Saya dibuang rumah saya bersama isteri dan dua anak saya,” memetik laporan media berdasarkan dakwaan dari bekas penyerang Tok Gajah itu.

Ejen penyerang Rusia itu, Ricky B. Swen Jr mendakwa dalam e-mel kepada Timesport bahawa Pahang FA mahu berunding solusi terbaik dengan pemain itu walaupun FIFA (Disppute Resolution Chamber) sudah mencapai keputusan.

Selepas meninggalkan Tok Gajah, Sakhnevich difahamkan bersara dari dunia bola sepak. — Agensi

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Pahang FA ketika itu iaitu Fuzzemi Ibrahim yang mana memberitahu Timesport bahawa pihak mereka dalam proses menyelesaikan isu dengan Sakhnevich.

Bagaimanapun, Swen berkata, anak guamnya tidak berminat dalam rundingan dan hanya inginkan tunggakan gajinya dibayar serta-merta.

“Pahang FA telah mengabaikan arahan badan induk bola sepak dunia untuk membayar AS$48,000 dalam tempoh 30 hari.

“Tiada rundingan mengenai pembayaran. Ia mesti dilakukan sepenuhnya. Klien saya mengalami penamatan kontrak secara tiba-tiba dan tanpa sebab yang adil. Eduard bermain lima perlawanan dan menjaringkan empat gol sepanjang berada di Pahang.

“Ketua jurulatih ketika itu adalah Dollah Salleh (Datuk Dollah Salleh) dan dia 100 peratus gembira dengan persembahan penyerang. Anak guam saya tidak meminta pampasan pun. Dia memerlukan bayaran penuh hari ini (Isnin, 16 Jun 2014). Tiada apa yang perlu dirundingkan,” kata peguam pemain itu.

Berdasarkan surat perintah dari FIFA, sekiranya Pahang FA gagal mematuhi arahan badan induk itu, FAM akan bertanggungjawab dan boleh menghadapi sekatan daripada Fifa.

“Sakhnevich mempunyai pilihan untuk merujuk perkara itu kepada jawatankuasa tatatertib FIFA untuk pertimbangan dan keputusan rasmi,” menurut perintah itu.

Pahang FA menewaskan Felda United 2-1 dalam aksi akhir Piala FA 2014. — Agensi

Lebih menghairankan apabila sebelum isu tersebut melibatkan campur tangan FIFA, kerajaan Pahang mengumumkan ganjaran RM600,000 untuk dikongsi pasukannya selepas memenangi Piala FA.

Selepas isu melibatkan pemain dari Rusia itu, pasukan tersebut sekali lagi terpalit isu sama apabila FIFA mengarahkan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) membayar US$1.2 juta (RM4.9 juta) kepada bekas pemain mereka, Mohamadou Sumareh pada 2021. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Duduk bench sumpah macam dalam peti ais’, Intan Sarah kongsi debut bersama kelab AS – Sukan

Next Post

Maaf peminat Coldplay, SNBJ tetap ‘rumah no.1’ Harimau Malaya – Sukan

Related Posts