TMJ sahkan FAM-MFL setuju Liga M guna VAR musim depan – Sukan


TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Football League (MFL) bersetuju untuk melaksanakan video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Perkara tersebut dikongsikan TMJ dalam satu ciapannya di Twitter pada Sabtu sejurus sahaja tamat perlawanan antara Malaysia dan Thailand.

Menurut TMJ, perlaksanaan video bantuan pengadil (VAR) itu sudah dipersetujui dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Majoriti kejohanan antarabangsa sudah lama menggunakan VAR. — Agensi

“FAM dan MFL sudah bersetuju untuk menggunakan VAR dalam masa terdekat.

“Beberapa pengadil Malaysia sudah dihantar menjalani latihan bagaimana menggunakan VAR.

“Boleh rujuk dengan Presiden FAM, tahniah semua,” ciapnya di dalam Twitter.

Tangkap layar ciapan Twitter TMJ.

Perlaksanaan VAR bakal beri kelebihan kepada ramai pihak sekali gus mampu meningkatkan mutu pengadilan di Malaysia.

Ia susulan pada musim lalu di dalam Liga Malaysia banyak pertikaian di kalangan penyokong melibatkan keputusan pengadil perlawanan.

Malah di perlawanan antarabangsa juga pasukan kebangsaan turut menjadi mangsa apabila beberapa keputusan pengadil telah dipertikaikan oleh ramai pihak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Saya mahu pulang ke Malaysia,’ Orang Besi kongsi cita-cita, memori bersama Kelantan, Pahang – Sukan

Next Post

Dipandang tinggi penyokong lawan, ini 4 impak besar KPG buat Harimau Malaya – Sukan

Related Posts