TMJ pengurus Harimau Malaya? Why not — Hamidin – Sukan


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan ia satu kemungkinan bahawa pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dilantik sebagai pengurus baharu skuad Harimau Malaya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan bola sepak Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di laman Twitter miliknya selepas Majlis Kesyukuran Presiden FAM atas pemilihan sebagai Ahli Majlis FIFA 2023-2027 pada Selasa.

“TMJ pengurus skuad Harimau Malaya? Kenapa tidak,” kata Hamidin.

Kenyataan tersebut timbul selepas khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa Tunku Ismail merupakan individu yang sesuai untuk mengurus Harimau Malaya terutamanya menjelang persiapan Piala Asia 2023 di Qatar nanti.

Hamidin baru sahaja dilantik sebagai Ahli Majlis FIFA 2023-2027 pada Selasa. — Facebook/FAM

Tunku Ismail sebelum ini kerap memberikan sumbangan dan bantuan bagi memastikan skuad kebangsaan dapat menjalani latihan dengan sempurna seterusnya mampu memberi tentangan sengit kepada lawan.

Seperti baru-baru ini, TMJ memperuntukkan peralatan kecergasan untuk Harimau Malaya dalam usaha meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan sebagai persediaan menghadapi perlawanan Piala Asia awal 2024.

Bukan itu sahaja, kesudiannya untuk menawarkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai gelanggang sementara untuk kegunaan skuad Harimau Malaya sementara Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ditutup untuk kerja-kerja penanaman rumput baharu mulai bulan Mac. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tae-su nikmati gandingan bersama import baharu The Rhinos – Sukan

Next Post

[VIDEO] Selepas bolos 3 gol, sepakan penalti tersasar Safiq Rahim jadi bahan ‘troll’ Zenit – Sukan

Related Posts