TMJ faham, MFL dalam proses akhir lunas hutang JDT – Sukan


PEMBAYARAN wang hadiah kemenangan kepada kelab Johor Darul Takzim (JDT) yang tertangguh akibat pandemik Covid-19, dilaksanakan secara berperingkat oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan kini dalam peringkat akhir.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, penangguhan pembayaran wang kemenangan pada musim 2020 itu sudah dipersetujui oleh pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

Menurut beliau, TMJ memahami kekangan kewangan MFL yang kehilangan wang tajaan kira-kira RM30 juta akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara pada 2020.

“MFL sudah melakukan pembayaran secara berperingkat dan kini dalam proses akhir menyelesaikan baki pembayaran wang kemenangan itu tahun ini.

“Bagaimanapun penangguhan pembayaran bagi musim itu hanya melibatkan JDT yang mana MFL tidak ada sebarang tunggakan dengan pasukan lain,” katanya kepada Majoriti.

Keadaan di Stadium Sultan Ibrahim ketika penyokong JDT membakar suar selepas pasukan itu menang 2-1 ke atas Terengganu FC. — Facebook/Coca Bola

Jumlah pembayaran akhir itu bagaimanapun tidak didedahkan amaunnya kerana ia antara MFL dan kelab JDT.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan, hutang yang dimaksudkan oleh TMJ mungkin membabitkan pembayaran hadiah kemenangan yang masih belum dijelaskan sepenuhnya oleh MFL kepada JDT.

TMJ terdahulu mendedahkan FAM mempunyai hutang lama yang belum dilunaskan kepadanya dan mahu ia ditolak melalui denda yang akan dikenakan kepada kelab itu selepas tiga kali membakar suar dalam saingan Liga Super.

Penyokong tegar JDT iaitu Boys Of Straits (BOS) membakar suar selepas perlawanan yang sebenarnya melanggar peraturan Artikel 70.1 Kod Tataterbit FAM yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dua pakar psikologi bantu atlet di Sukan SEA Kemboja – Sukan

Next Post

Malayan Tigress ada bekalan ‘senjata’ baharu ke Sukan SEA Kemboja – Sukan

Related Posts