Tiket aksi terpenting Liga Super laku keras, 25,000 penyokong dijangka banjiri Stadium Darul Aman – Sukan


PERLAWANAN paling besar dalam kalendar Liga Super 2023 telah pun tiba. Siapa sangka, dua pasukan akan bertegang urat dalam misi mendapatkan tempat ke Asia.

Kedah Darul Aman (KDA) FC serta Selangor FC bakal berdepan dalam pertarungan hidup mati untuk ke Asia musim depan di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Sabtu.

Perlawanan ini cukup penting bagi kedua-dua pasukan kerana jika KDA menang, mereka dapat memintas Selangor sekali gus menguasai slot Asia buat sementara waktu sebelum ke hari terakhir Liga Super.

Tetapi jika Selangor yang menang, mereka akan menutup segala peluang KDA untuk ke Asia musim depan kerana Gergasi Merah akan ke hari terakhir liga dengan jurang lima mata. Ketika itu, Sang Kenari sudah tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

Seandainya seri, peluang masih terbuka untuk dengan KDA akan bertemu Sabah FC sementara Selangor berdepan PDRM FC pada hari terakhir.

Memandangkan perlawanan ini bersuhu hangat dan bakal menjadi tumpuan seluruh negara, tidak terkejut jika barisan panjang terhasil di Darul Aman untuk penyokong tuan rumah mendapatkan tiket.

Penyokong-penyokong Sang Kenari dilaporkan sudah beratur sejak awal untuk mendapatkan tiket dan menjadi sebahagian daripada pemain ke-12 KDA untuk menumbangkan Selangor.

Situasi yang berlaku itu pastinya dapat membantu sasaran KDA untuk memastikan seramai 25 ribu penyokong berada dalam Stadium Darul Aman pada Sabtu bagi menghidupkan peluang memintas Selangor.

Selain daripada perlawanan yang diadakan, KDA turut mengajak penyokong kedua-dua pasukan untuk membawa bendera Palestin ke dalam stadium dan mengibarkannya sebagai tanda solidariti.

Mereka juga mengajak kesemua penyokong untuk melakukan viking clap yang diketuai oleh Ultras Kedah sebelum wisel sepak mula diadakan.

Sudah pastinya perlawanan ini dijangka menarik melibatkan kedua-dua pasukan. Siapa yang akan menang? Sama-sama kita nantikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sentimen anak jati tebal, Feroz boleh ikut jejak Rawilson, Azam Azih muncul ‘one club man’ – Sukan

Next Post

Homebois realistik boleh jadi big 3, Team SMG elak ulang silap sama – Sukan

Related Posts