Tiga sebab Seladang bakal tapau Top 3 berbanding Selangor, Kedah musim 2023 – Sukan


PERTEMBUNGAN antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC dalam aksi Piala Sumbangsih pada Jumaat menandakan pembukaan tirai Liga Super 2023.

Selepas hampir tiga bulan melakukan persiapan, peminat setia bola sepak negara pastinya sudah tidak sabar-sabar untuk menyaksikan kemampuan pasukan masing-masing.

Di samping kehadiran beberapa pemain baharu, majoriti besar kelab-kelab yang bersaing turut melakukan rombakan secara menyeluruh terhadap barisan kejurulatihan mereka.

Perak FC merupakan antara pasukan yang berbuat sedemikian apabila mengumumkan ketua jurulatih sensasi, Datuk Lim Teong Kim menggantikan Yusri Che Lah.

Walaupun jarang mendapat peluang mempamerkan bakat, pihak pengurusan The Bos Gaurus (TBG) boleh dikatakan cukup berani untuk mengambil langkah drastik itu.

Teong Kim diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Perak FC pada 2023. — Facebook/Perak FC

Lebih menarik lagi, kehadiran Teong Kim turut mempengaruhi aktiviti perpindahan apabila mereka lebih berminat untuk membawa masuk pemain muda.

Bagaimanapun, selepas beberapa aksi pemanas badan, Perak FC dilihat masih bergelut untuk mendapatkan rentak dengan beberapa siri kekalahan dialami.

Prestasi kurang meyakinkan itu menyebabkan rata-rata penonton setia Liga Malaysia mula menjangkakan skuad TBG akan sekali lagi bergelut untuk bersaing.

Tetapi, perlu diingat, keajaiban bukanlah perkara yang jarang berlaku dalam bola sepak apabila sebuah skuad kerdil mampu mengejutkan ramai pihak dengan pencapaian di luar jangkaan.

Melihat kepada situasi Perak FC, mereka masih berpeluang untuk terus bersinar berdasarkan tiga sebab yang dapat dikenal pasti mengenai nasib dan situasi pasukan ketika ini.

Walaupun sukar untuk mencabar kejuaraan JDT, anak-anak buah Teong Kim masih mempunyai peluang untuk mencabar kedudukan tiga teratas yang mana dikatakan milik Selangor FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk 2023.

1. Kurang tekanan

Selepas rekod kurang memberangsangkan sepanjang tempoh pramusim, tiada pihak yang menjangkakan Perak FC sebagai salah satu pasukan yang bakal menduduki tangga terbaik.

Perkara tersebut bukanlah sebuah hal yang baharu apabila beberapa pasukan sebelum ini dijangka bergelut, seperti Penang FC pada 2021 dan Negeri Sembilan FC musim lepas.

Ia boleh dianggap sebagai satu kelebihan buat Teong Kim dan anak-anak buahnya yang tidak mahu diberi tekanan daripada pihak luar mengenai kebolehan mereka sepanjang tahun.

Penang FC pernah mengejutkan ramai pihak pada 2021. — Facebook/Penang FC

Selain itu, dengan Perak FC baru sahaja pulang ke divisyen teratas domestik, pastinya tiada mana-mana penyokong yang terus mengharapkan mereka akan mencabar kejuaraan.

Tambahan pula, Teong Kim sebelum ini dilaporkan berkata dia tidak mahu meletakkan beban dan harapan terlalu besar buat pemain skuad TBG.

Pendekatan tersebut pastinya membuahkan hasil yang mana mereka mampu beraksi lebih baik, sekali gus menduduki tangga lebih baik daripada apa yang dijangkakan ketika ini.

2. Semangat pemain muda

Bekas penyerang JDT, Hadi Fayyadh Abdul Razak dan pemain sayap muda, Ilham Aqil merupakan antara rekrut jendela perpindahan buat skuad TBG.

Meskipun pada awalnya ia bukanlah satu pembelian yang dipersetujui, mereka mula mendapatkan rentak dan persefahaman antara satu sama lain.

Hadi Fayyadh diberikan sandaran untuk mengemudi jentera serangan TBG. — Facebook/Perak FC

Sekiranya Teong Kim dapat meneruskan situasi positif itu sepanjang musim, peluang untuk Perak FC bersinar adalah lebih cerah berbanding pasukan-pasukan lain.

Di samping itu, berdasarkan pengamatan dalam perlawanan persahabatan, pemain-pemain muda dikatakan cukup bersemangat untuk mempamerkan kebolehan masing-masing.

Jadi, secara tidak langsung, persembahan cukup bertenaga di atas padang itu bakal menjadi sebab buat pasukan itu untuk mengumpul mata berharga sepanjang musim.

Namun, persoalannya, mampukah Teong Kim dan barisan kejurulatihannya mengekalkan momentum di samping memastikan pemain tidak mudah hilang fokus sekiranya mula mendapatkan rentak?

3. Suntikan penyokong

Ketika aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC, penyokong Perak FC mengejutkan ramai pihak ketika aksi yang berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur itu.

Manakan tidak, semangat yang dipamerkan mereka dapat dirasai apabila tiket perlawanan laris meskipun ia hanya dijual beberapa jam sebelum pertembungan itu.

Semangat penyokong Perak FC sememangnya tidak boleh dipersoalkan. — Facebook/Perak FC

Tidak cukup dengan itu, walaupun mereka ketinggalan dengan tiga gol, penyokong TBG dilihat tidak henti-henti bersorak bagi menyuntik semangat buat kesemua pemain.

Hal tersebut membuktikan peminat fanatik pasukan itu akan terus memberikan sorakan padu buat Perak FC sehingga berpeluang untuk mencatatkan keputusan terbaik.

Bagaimanapun, Teong Kim dan pihak pengurusan perlu memanfaatkan kelebihan itu dan tidak menunggu terlalu lama dalam memberikan hasil berbaloi buat penyokong. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Respons menggalakkan cetus isu server Ticket Hotline, punca penyokong gagal beli tiket Piala Sumbangsih – Sukan

Next Post

Selepas ubi muda Sabah, pelajar Hang Tuah Jaya buktikan ‘kekurangan’ tak halang tembus ke Akademi JDT, mujur ada YB Adam Adli – Sukan

Related Posts