Tiga sebab gagal dapatkan P Maniam rumitkan musim Kelantan FC – Sukan


SETAKAT enam perlawanan pertama yang diharungi, prestasi ditunjukkan pendatang baharu Liga Super 2023, Kelantan FC bukanlah mengejutkan.

Meskipun tidak dapat dinafikan bahawa penyokong menaruh harapan yang tinggi kepada pasukan kesayangan mereka, namun keterbatasan yang dihadapi oleh pasukan dari segi bajet dan juga barisan pemain perlu juga diakui.

Ini kerana berbanding pasukan utama lain seperti Kedah Darul Aman FC, Sabah FC dan Selangor FC, persiapan dilakukan The Red Warriors (TRW) yang juga Naib Juara Liga Perdana musim lalu ini boleh dikatakan agak sederhana.

Selepas mengharungi enam perlawanan liga, Kelantan kini berada di kedudukan ke-11 carta liga selepas memungut empat mata, hanya satu masa dipisahkan daripada pasukan berada tempat ke-10 dan kesembilan liga iaitu Perak FC dan Penang FC.

Kedudukan tersebut bukanlah sesuatu boleh disifatkan agak teruk memandangkan ia masih tidak lari jauh daripada sasaran ditetapkan pemiliknya yang juga ahli perniagaan tempatan, Norizam Tukiman.

Norizam yang lebih dikenali sebagai Zamsaham meletakkan sasaran agar pasukannya mengakhiri pusingan pertama dalam kalangan 10 pasukan teratas Liga Super 2023.

Bagaimanapun, melihatkan kepada potensi yang dimiliki skuad TRW, rata -rata penyokong berpandangan bahawa pasukan seharusnya boleh berada di kedudukan yang lebih baik.

Apatah lagi menurut mereka, berbanding pasukan lain, Kelantan FC dilihat tetap membuat pelaburan yang agak signifikan untuk mengharungi musim ini termasuk melalui langkah menandatangani pemain import baharu.

Antara yang menjadi sasaran kritikan adalah ketua jurulatih pasukan daripada Korea Selatan, Choi Moon-sik yang disifatkan masih belum menyesuaikan diri dengan pasukan.

Norizam meletakkan sasaran agar pasukannya mengakhiri pusingan pertama dalam kalangan 10 pasukan teratas Liga Super 2023.. — Facebook/TRWKelantanFC

Pada masa sama, pemerhati bola sepak, Zuraimi Zukri juga menimbulkan persoalan sama ada pengurusan pasukan membuat kesilapan dalam pemilihan jurulatih bagi membawa pasukan pada musim ini.

Turut dibangkitkan kembali adalah nama yang pernah berada dalam radar Kelantan FC untuk memegang jawatan ketua jurulatih iaitu bekas ketua jurulatih Petaling Jaya (PJ) City FC, P Maniam.

Kegagalan pasukan untuk mendapatkan Maniam pada musim kali ini dilihat turut menyumbang kepada kerumitan yang dihadapi TRW untuk membentuk pasukan lebih mantap untuk bersaing pada musim ini.

1) Tarik pemain berpengaruh

Sebagai jurulatih yang mempunyai pengalaman agak lama dalam kancah liga domestik negara, Maniam disifatkan mempunyai pengaruh untuk menarik beberapa pemain yang sudah biasa dengan Liga Super.

Kualiti ini sangat penting untuk memastikan keseimbangan di dalam skuad Kelantan FC yang kini terdiri daripada kebanyakannya muka baharu dan pemain muda tempatan.

“Kombinasi kelab dan jurulatih boleh menjadi elemen besar untuk sesebuah membawa masuk pemain yang bernama besar,” ujar Zuraimi Zukri.

Sebagai seorang jurulatih, Maniam dilihat merupakan individu yang mempunyai pengaruh untuk menarik pemain dengan nama besar di liga tempatan ke dalam pasukan dikendalikannya.

Kelantan FC kini berada di kedudukan ke-11 Liga Super 2023 selepas enam perlawanan. — Facebook/TRWKelantanFC

Ini terbukti apabila meskipun hanya mengendalikan Harini FC, iaitu pasukan yang berada di Liga M3, beliau masih mampu mendapatkan pemain berpengalaman untuk membarisi skuadnya.

Antara nama besar yang berjaya dibawa masuk ialah beberapa bekas pemain kebangsaan iaitu Nasir Baharuddin, Thanabalan Nadarajah, Khyril Muhymeen dan Norshahrul Idlan.

Malah, Maniam juga berjaya merekrut hampir kesemua pemain pertahanan yang beraksi bersama PJ City FC iaitu Kannan Kalaiselvan, Kugan Devarajan, Raffi Nagoorghani, Tamilmaran Manimaran dan Prabakaran Kanadasan.

Sekiranya pengendali berusia 24 tahun itu dipilih untuk mengetuai pasukan Kelantan FC, pastinya skuad TRW kini terdiri daripada pemain yang seimbang daripada segi pengalaman dan kualiti ditampilkan.

2) Terapkan gaya permainan yang dimahukan

Maniam berjaya memastikan PJ City kekal bersaing di liga utama negara buat tiga musim berturut-turut meskipun hanya bergantung kepada pemain tempatan.

Dalam pada itu, Zuraimi Zukri berpandangan bahawa Norizam sebagai pemilik kelab sememangnya sudah memberikan gambaran berkenaan kecenderungannya untuk melihat pasukan bermain dengan sistem tiga pemain pertahanan di barisan belakang.

Katanya, antara jurulatih tempatan yang mahir untuk menerapkan gaya permainan tersebut adalah Maniam yang sudah pun menggunakan taktikal tersebut ketika mengendalikan PJ City FC mengharungi Liga Super.

Keberkesanan Maniam dalam menggunakan taktikal itu terbukti apabila PJ City berjaya kekal bersaing di liga utama negara buat tiga musim berturut-turut sebelum ia dibubarkan.

Lebih mengujakan, pasukan berpangkalan di Lembah Klang itu dapat mengekalkan prestasi tersebut walaupun bergantung kepada pemain tempatan.

3) Ambil masa untuk ikuti corak pengurusan jurulatih luar

Moon-sik dilihat masih dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana di Liga Super 2023. — Facebook/TRWKelantanFC

Dalam pada itu, untuk rekod, selain PJ City, Maniam turut pernah mengendalikan pasukan utama tanah air seperti Selangor FC selama tujuh musim dari 2009 hingga 2015 selain mengendalikan skuad Harimau Muda (2019-2020).

Disebabkan itu, pengalaman yang dimilikinya itu dilihat memudahkannya untuk memahami sikap pemain tempatan selain memenuhi keperluan pasukan untuk bersaing.

Kualiti ini pastinya membolehkan Kelantan FC untuk membentuk dan menyediakan pasukan dengan lebih cepat.

Ini berbeza dengan isu yang perlu ditangani oleh Moon-sik yang tentunya berhadapan dengan cabaran agak besar untuk menyesuaikan diri dengan suasana di liga Malaysia.

Selain faktor keterbatasan komunikasi, jurulatih yang baru pertama kali berkelana keluar dari Korea Selatan itu itu memerlukan masa untuk untuk menyesuaikan taktikal permainan yang mahu diterapkan kepada pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sathia angkat PDRM pasukan terbaik LS6, Azzmi mula rasa gayat – Sukan

Next Post

Risau gagal raih pingat emas di Kemboja, Safee Sali pesan jangan terlalu puji Harimau Muda  – Sukan

Related Posts