Tiga penggempur berbisa Rusia perlu diawasi dalam aksi JDT-FC Rostov – Sukan


GERGASI Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) sekali lagi memilih Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai destinasi program pramusim sebelum tirai liga dibuka secara rasmi pada 24 Februari depan.

Pada musim lalu, skuad Harimau Selatan terbang ke destinasi sama untuk latihan pramusim.

Kali ini, JDT dijadualkan bertemu tiga kelab dari Rusia iaitu FC Rostov pada Rabu (25 Januari), FC Lokomotiv Moscow (2 Februari) dan FC Zenit St Petersburg (6 Februari).

Anak-anak buah Esteban Solari juga bakal menghadapi saingan daripada sebuah kelab Bulgaria, FC Levski Sofia (31 Januari) dan sebuah lagi kelab UAE (28 Januari).

Dalam pertemuan sulung aksi pramusim itu, JDT akan bersua muka dengan kelab FC Rostov yang bukan calang-calang kerana kelab tersebut menduduki tangga ketiga carta liga Rusia di belakang FC Zenit St Petersburg dan Spartak Moscow.

Komlichenko mempunyai lima kaps bersama skuad antarabangsa Rusia. — Agensi

Kelab kendalian Valeriy Karpin itu mempunyai tujuh pemain utama yang beraksi dengan pasukan antarabangsa Rusia.

Salah seorang daripadanya ialah Nikolay Komlichenko yang bermain di posisi penyerang.

Pemain berusia 27 tahun mempunyai lima kaps bersama skuad antarabangsa Rusia.

Pada musim lalu, dia mempamerkan aksi cemerlang selepas mencetak tujuh gol menerusi 17 penampilan selain melakukan 10 bantuan gol.

Kehadiran penjaring terbanyak Fortuna Liga dengan rekod 24 gol itu tentunya menghadirkan ancaman berbahaya kepada benteng pertahanan JDT jika tidak diawasi.

Poloz boleh bermain di bahagian sayap kiri, sayap kanan dan posisi serangan. — Agensi

Seorang lagi bintang FC Rostov yang perlu diberi perhatian ialah Dmitri Poloz.

Pemain berpengalaman berusia 31 tahun itu mampu beraksi di tiga posisi iaitu di bahagian sayap kiri, sayap kanan dan posisi serangan.

Dengan rekod lapan gol daripada 16 penampilan sepanjang musim lepas, Poloz membuktikan ketajaman penyudah serta reputasi hebat yang dimiliki olehnya jika tidak dirantai dengan rapi oleh benteng pertahanan JDT.

Golenkov boleh melakukan larian-larian pantas dan bertenaga untuk menghasilkan serangan. — Dreamstime

Selain Poloz, seorang lagi pemain yang cukup berbahaya ialah Egor Golenkov. Baru berusia 23 tahun, penyerang itu merupakan salah seorang pemain muda yang menyinar di FC Rostov.

Golenkov mencetak lima gol menerusi 23 penampilan sepanjang musim lalu. Pemain tersebut perlu diawasi kerana boleh melakukan larian-larian pantas dan bertenaga untuk menghasilkan serangan.

Pertembungan dengan empat pasukan dari Eropah itu bukan saja dapat memantapkan kesebelasan utama JDT, malah, ia turut menunjukkan cita-cita Harimau Selatan untuk unggul di peringkat domestik dan Asia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Patah tumbuh, hilang berganti’, 3 kelab berjaya ganti bintang ‘flop’ – Sukan

Next Post

Sanggup tinggalkan Vietnam, Park Hang-seo dedah pernah tawar diri latih Harimau Malaya – Sukan

Related Posts