Tiga nama dari Kelantan, JDT dan Selangor sesuai jadi sasaran TBG pada Julai – Sukan


PERUBAHAN ketua jurulatih seperti tidak membawa sebarang perubahan buat Perak FC apabila mereka sekali lagi tewas dalam saingan Liga Super.

Kekalahan 0-3 kepada Terengganu FC pada Sabtu membuktikan masih banyak usaha perlu dibuat daripada pihak pengurusan jika mereka mahu mengubah nasib pasukan.

Skuad yang rata-ratanya dibarisi pemain muda itu perlu melakukan rombakan, lebih-lebih lagi dari segi serangan apabila mereka hanya menjaringkan sembilan gol setakat ini.

Pencapaian itu meletakkan Sang Seladang di kedudukan keempat terendah dengan sembilan jumlah jaringan, lebih sedikit daripada Kuching City (enam gol) memasuki separuh kedua musim 2023.

Namun, perhatian juga perlu diberikan kepada benteng pertahanan apabila skuad The Bos Gaurus (TBG) sudah melepaskan 29 gol setakat ini.

Kehadiran Yusri (tengah) masih belum membuahkan hasil seperti yang diharapkan. — Facebook/Perak FC

Jadi, perubahan yang paling sesuai boleh diambil kelab Utara tanah air itu adalah dengan membawa masuk beberapa wajah baharu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Tempoh yang dijangka bermula selewat-lewatnya pada Julai itu semestinya dinanti-nantikan penyokong yang mahu melihat perancangan pihak pengurusan.

Bagaimanapun, selepas perbelanjaan dibuat secara besar-besaran pada jendela perpindahan yang lalu, mereka pasti akan mengambil pendekatan untuk tidak mengeluarkan bajet secara berlebihan.

Oleh itu, dalam menyelesaikan perkara tersebut, terdapat kemungkinan bahawa mereka akan mendapatkan seseorang yang mahu meninggalkan kelab tersendiri atau melakukan perpindahan secara pinjaman.

Melihat kepada kesemua pasukan tempatan ketika ini, terdapat tiga nama yang menepati ciri-ciri tersebut, namun mampu meningkatkan kualiti skuad TBG.

1. Shahrul Saad (JDT)

Rekod pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) boleh dianggap sebagai antara yang terbaik dalam sejarah bola sepak tanah air apabila mereka hanya dibolosi sebanyak sekali dalam 12 perlawanan.

Kehadiran pemain-pemain bintang seperti Feroz Baharudin dan Jordi Amat boleh dianggap sebagai punca di sebalik pencapaian membanggakan itu.

Namun, di sebalik skuad yang berkualiti itu, terdapat seorang yang kehilangan tempat sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai peranannya bersama kelab Selatan tanah air itu.

Kepulangan Shahrul Saad sememangnya dialu-alukan penyokong skuad TBG.

Bek tengah bertubuh sasa, Shahrul Saad hanya tampil sebanyak lima kali musim ini dalam kancah Liga Super dengan kesemua daripadanya hadir dari bangku simpanan.

Jadi, terdapat kemungkinan bahawa pemain kebangsaan itu akan dipinjamkan keluar bagi menghidupkan peluangnya bersama Harimau Malaya untuk aksi Piala Asia pada tahun depan.

Umum mengetahui bahawa Shahrul merupakan antara produk terbaik pernah dihasilkan Perak dengan dia juga pernah menyertai kelab di negeri kelahirannya itu untuk lima tahun.

Selain itu, dia yang juga dikenali sebagai ‘Badak’ itu juga pernah dilantik sebagai kapten pasukan dengan kualiti serta kelantangannya di atas padang sukar dipersoalkan.

Kepulangan Shahrul ke dalam skuad TBG pastinya cukup dinanti-nantikan memandangkan mereka kini perlu seorang pemimpin untuk menjadi contoh buat pasukan yang muda.

2. Mario Arques (Kelantan FC)

Khabar angin di media sosial ketika ini mengatakan kapten Kelantan FC, Mario Arques sedang mencari majikan baharu pada jendela perpindahan kedua.

Kemelut pengurusan yang dialami pasukan Pantai Timur itu kini terus memberi kesan mendalam terhadap keyakinan pemain untuk kekal.

Antara yang difahamkan sudah mencari kelab baharu ialah pemain kelahiran Sepanyol, Miguel Cifuentes meskipun dia muncul sebagai penjaring terbanyak pasukan.

Namun, hal tersebut tidak terhenti di situ apabila ada yang mengatakan Mario juga akan berhijrah dengan Perak FC boleh dikatakan sebagai destinasi terbaik.

Arques dikhabarkan menarik minat skuad TBG ketika ini. — Facebook/Kelantan FC

Di samping mereka memerlukan seorang yang berkualiti di posisi itu, kehadiran pemain tengah berkenaan mampu mewujudkan seseorang yang mampu melakukan hantaran kemas.

Ketika ini, posisi tengah Perak FC dikawal dua pemain import, Luciano Guaycochea dan Sunday Afolabi dengan masing-masing mempunyai peranan tersendiri.

Namun, sekiranya mereka mampu membawa masuk seseorang dengan kualiti seperti Arques, ia dilihat sebagai satu penambahan berkualiti buat skuad TBG.

Persoalannya, mampukah Perak FC mendapatkan pemain berusia 31 tahun tersebut memandangkan pasukan-pasukan lain juga difahamkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

3. Rauf Salifu (Selangor)

Kehadiran import-import berkualiti boleh dianggap sebagai punca Selangor FC berada di kedudukan lebih baik berbanding musim lalu.

Penyerang kelahiran Colombia, Ayron del Valle merupakan antara nama yang boleh diangkat sebagai watak utama skuad Gergasi Merah.

10 gol yang dijaringkan dalam hanya 13 penampilan sememangnya satu sumbangan yang cukup diharapkan apabila pasukan itu kini berada di kedudukan kedua Liga Super.

Tetapi, ketajaman di hadapannya pintu gol tersebut sedikit sebanyak menyekat peluang pemain muda kelahiran Ghana, Rauf Salifu.

Salifu bijak menggunakan setiap pulang yang dihidangkan buatnya. — Facebook/Selangor FC

Pemain yang pernah mencipta nama di liga Amerika Syarikat itu hanya merekodkan lima penampilan dengan empat daripadanya hadir dalam kancah Liga Super.

Namun, kesemua peluang yang terhidang itu cukup dihargainya memandangkan dia sudah merekodkan dua jaringan dalam penampilan ‘cameo’ ketika berdepan Kelantan FC.

Bagaimanapun, kecemerlangan del Valle menyaksikan pemain berusia 21 tahun itu kerap memanaskan bangku simpanan, yang mana sedikit menyekat perkembangannya.

Jadi, sekiranya skuad TBG berharap untuk menyelesaikan isu ketumpulan jentera serangan, Salifu dilihat sebagai salah satu pilihan terbaik.

Di samping boleh diturunkan secara berseorangan, pemain dengan ketinggian 1.76 meter (m) itu juga boleh digandingkan bersama Hadi Fayyadh Abd Razak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mungkin terlepas aksi Piala FA, jeneral tengah Gergasi Merah dapat suntikan semangat 2 tonggak NSFC – Sukan

Next Post

Semakin serasi ‘Nafuzi Ball’, 4 pemain Sang Kenari terima pujian ‘melambung’ tampil aksi menyengat di padang – Sukan

Related Posts