Tiga kelab Liga M3 berpotensi naik pangkat ke Liga Super musim depan  – Sukan


LIGA Malaysia (M) pada minggu lepas dikejutkan dengan berita mengenai kemungkinan berlakunya proses penyingkiran pasukan daripada Liga Super ke saingan Liga M3 pada musim ini.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam pada 26 Julai lalu.

Menurut Stuart, perkembangan tersebut bermakna dua pasukan tercorot liga dijangka disingkirkan dan beraksi di Liga M3 pada musim hadapan.

Kemungkinan terhadap perubahan tersebut bermakna ia meletakkan kelab yang kini bergelut di kelompok bawahan dalam bahaya dengan berbaki lapan perlawanan.

Empat kelab dijangka bersaing bagi mengelak penyingkiran ialah Kelantan FC yang berada di tangga tercorot dengan hanya mengumpul lima mata, Kuching City FC (tujuh mata), Kelantan United FC (lapan mata) dan Perak FC (13 mata).

Dalam pada itu, penurunan dua kelab tersebut juga bermakna bahawa terdapat dua slot kosong perlu diisi oleh pasukan dari kelab Liga M3 untuk bersaing di Liga Super pada musim hadapan.

Pada waktu ini, empat kelab berada di tangga teratas Liga M3 selepas 14 perlawanan ialah Kuala Lumpur Rovers yang berada di tangga pertama dengan 36 mata diikuti Harini Selangor FT (33 mata), Imigresen FC (26 mata) dan Bukit Tambun FC (25 mata).

Harini Selangor FT pada musim ini turut dibarisi oleh pemain berpengalaman Liga M. — Facebook/HariniFT

Status Kuala Lumpur Rovers sebagai ‘feeder club’ kepada Kuala Lumpur (KL) City FC bermakna slot untuk ke saingan Liga Super pada musim hadapan akan melibatkan tiga pasukan di bawahnya.

Dengan mengambil kira kedudukan semasa , Harini FT Selangor FC dilihat merupakan pasukan pilihan utama untuk naik ke Liga Super.

Berada di tangga kedua liga, kelab yang berpangkalan di Serdang, Selangor itu dilihat menjadi antara kelab yang mempunyai persediaan yang agak kukuh untuk bersaing pada musim ini.

Imigresen FC kini berada di tangga ke tiga Liga M3. — Facebook/ImigresenFC

Selain berada di bawah kendalian jurulatih berpengalaman iaitu P Maniam, Harini Selangor FT juga dibarisi dengan pemain berpengalaman di Liga M antarannya seperti Mohd Nasir Basharuddin, Norshahrul Idlan Talaha, K Reuben dan penjaga gol, Hafizul Hakim.

Sementara itu, perebutan satu lagi slot pula dijangka melibatkan antara Imigresen FC dan Bukit Tambun FC yang ketika ini hanya dibezakan dengan satu mata.

Bagaimanapun, dengan berbaki sembilan perlawanan liga, kedudukan tersebut berpotensi untuk berubah dengan Sains FC yang mengumpul 23 mata dilihat turut berpotensi untuk mendaki ke tangga ketiga liga apabila hanya dibezakan dengan tiga mata berbanding Imigresen FC.

Bukit Tambun FC kini di tangga keempat hanya dibezakan dengan satu mata berbanding Imigresen FC yang berada di kedudukan ketiga liga. — Facebook/BukitTambunFC

Stuart berkata, sekiranya proses penyingkiran itu benar-benar dilaksanakan, pasukan yang berada di tangga teratas Liga M3 akan layak secara automatik untuk naik ke Liga Super pada musim hadapan manakala naib juara Liga M3 pula perlu terlebih dahulu mengharungi perlawanan play-off.

Beliau pada masa sama berkata, proses kenaikan itu juga bergantung kepada status lesen tersebut bersama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bawa import ramai-ramai, pakar yakin Kelantan FC ada strategi tersendiri – Sukan

Next Post

Kejutan atau tepati ramalan, 3 pasukan dijangka mudah lolos aksi pembukaan Piala Malaysia – Sukan

Related Posts