Tiga faktor penghalang Syafiq Ahmad kembali ke Kedah – Sukan


TANDA tanya berkaitan status penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Syafiq Ahmad sudah terjawab apabila pemilik Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menghadap pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Pertemuan di Ibu Pejabat JDT, Johor pada Khamis itu juga dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah KDAFC, Khamal Idris Ali.

Daripada pertemuan tersebut, ada yang mengaitkan sesi itu berkaitan rundingan perpindahan Syafiq ke skuad Sang Kenari.

Malah Mohd Daud selepas pertemuan itu memuatnaik status di media sosial memaklumkan tiada perbincangan dengan Syafiq sama ada mahu membawa pulang penyerang itu kembali ke Kedah.

Bagi menjelaskan lagi kemungkinan perpindahan itu tidak dapat direalisasikan, berikut Majoriti menyenaraikan tiga sebab-sebabnya.

1) Import baharu

Willian merupakan pemain import baharu Kedah. — Agensi

Dengan kehadiran pemain import baharu di posisi penyerang, Willian Lira Sousa, peluang untuk Syafiq menyarung jersi KDA FC agak tipis, memandangkan Kedah sudah mengumumkan senarai pemainnya pada musim 2023.

Tambahan lagi, pihak pengurusan Helang Merah ingin melihat terlebih dahulu keserasian pemain import ini bersama pemain-pemain yang lain.

Pada masa sama, skuad bimbingan Nafuzi Zain itu juga sudah menandatangani tiga pemain import yang laian iaitu Alan Robertson, Amirbek Jurobaev dan Mannny Ott.

Malah pada penampilan sulung dalam aksi perlawanan persahabatan pada Jumaat menentang Perlis United FC, William mencatat nama sebagai penjaring dalam kemenangan 3-0 itu.

2) Syarat ketat

Pertemuan TMJ (kiri) dengan Mohd Daud pada Khamis. — JDT

Musim lepas, skuad Harimau Selatan mengambil keputusan melepaskan beberapa pemain secara pinjaman dalam kalangan pasukan Liga Super.

Ini termasuk Fadhli Shas dan Syazwan Andik yang dibawa ke Melaka United dan pemain tengah berdarah kacukan, Stuart Wilkin yang berkelana ke Sabah FC.

Namun, apa yang menariknya adalah kesemua pemain yang dipinjamkan itu tidak dibenarkan bermain setiap kali bertemu JDT.

Hal tersebut akan memberi kesan negatif kepada mana-mana pasukan yang sememangnya berharap dengan sumbangan pemain-pemain itu.

Sekiranya Syafiq memilih untuk menyertai skuad Sang Kenari secara pinjaman, perkara itu pasti akan berulang.

Ini terbukti apabila ‘perbalahan’ antara pemilik JDT dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah menyebabkan Syafiq menjadi mangsa apabila kontrak pinjamannya ditamatkan dan dipanggil pulang ke selatan tanah air susulan pertelagahan dua individu tersebut.

3) Gaji

Kehadiran Syafiq secara pinjaman pasti akan terus membebankan pasukan. — Agensi

Meskipun perkara itu tidak diumumkan kepada khalayak, terdapat pendapat bahawa JDT kerap memberi tawaran gaji tinggi kepada pemain-pemainnya.

Ini termasuk Syafiq yang sudah memberi persembahan terbaik sejak menyertai pasukan itu pada 2017.

Ketika ini, KDA FC juga sudah membuat pelaburan besar dengan membawa masuk beberapa import, termasuk Amirbek Juraboev dan Alan Robertson.

Selain itu, dengan permintaan gaji Lee Tuck yang terlalu tinggi, kehadiran Syafiq sama ada secara pinjaman atau kekal pinjaman pasti akan terus membebankan pasukan.

Malah ada khabar angin mengatakan, Kedah perlu membayar RM1.5 juta jika mahu menebus kontrak Syafiq. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Flash Cup SEA Open buka peluang kaki FIFA23 bersaing di Asia Tenggara – Sukan

Next Post

‘Mereka berhak dapatkannya,’ Keita Mandjou harap Perak mampu ‘comeback’ musim depan – Sukan

Related Posts