Tiga bintang Hougang United wajar dirantai anak-anak buah OKS dalam aksi pembuka tirai Piala AFC – Sukan


SABAH FC bakal berdepan cabaran berbeza apabila dijadualkan bertemu Hougang United dalam kejohanan Piala AFC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis ini.

Hougang merupakan pemenang Piala Singapura pada musim lalu, justeru itu mereka layak ke saingan Piala AFC pada kali ini.

Menduduki tangga keenam liga dengan 24 mata (sembilan menang, dua seri, 13 kalah), ia tidak jauh dengan kedudukan Hougang pada musim lalu iaitu tempat kelima dengan 29 mata.

Pasukan itu jelas merupakan kelab kelas pertengahan Singapura dan ini terbukti menerusi rekod bolos mereka.

Kelab tersebut telah melepaskan 57 gol pada musim ini dalam saingan domestik Singapura dengan hanya mampu menjaringkan 37 jaringan sahaja.

Melihat kepada kualiti pemain kelab Singapura itu, muncul tiga watak yang boleh dianggap sebagai tonggak pasukan dengan mereka perlu diawasi secara rapat oleh skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee:

1) Kristijan Krajcek

Krajcek sudah berhasil mencetak sembilan gol dan assist dalam 19 perlawanan Liga Singapura musim ini. — Agensi

Tersenarai antara 10 penjaring terbanyak Singapore Premier League (SPL) musim ini, Kristijan Krajcek pastinya antara tonggak yang bakal membantu Hougang United dalam saingan Piala AFC kali ini.

Beraksi sebagai penyerang sayap kiri, Krajcek sudah berhasil mencetak sembilan gol dan assist dalam 19 perlawanan Liga Singapura musim ini.

Mempunyai pengalaman beraksi dalam Piala AFC musim lalu bersama Hougang, penyerang kelahiran Croatia itu pastinya sudah mengenali suasana kompetitif dalam kejohanan itu.

Sejak mewakili Hougang, pemain berusia 29 tahun itu sudah menjaringkan 21 gol dan 26 bantuan jaringan dan musim ini dia merupakan penjaring terbanyak untuk pasukannya.

Musim lalu, Krajcek membantu Hougang menewaskan Tampines Rovers untuk mendakap Piala Singapura yang mana dia menjadi penyumbang terbesar apabila mencatatkan hatrik sekali gus kelabnya dinobatkan sebagai juara.

2) Naoki Kuriyama

Naoki membuat sebanyak 19 penampilan daripada keseluruhan 27 perlawanan diharungi pasukannya.

Naoki Kuriyama mula beraksi di posisi pertahanan tengah kelab Hougang United sejak Januari 2023.

Pada musim ini, Naoki yang merupakan pemain paling bernilai dalam kelab Hougang dengan nilai 175,000 pound sterling (RM1.01 juta) sentiasa menjadi pilihan untuk mengemudi barisan pertahanan Hougang dalam hampir kebanyakan perlawanan.

Sebelum menyertai kelab Singapura tersebut, pemain berasal dari Jepun itu memiliki pengalaman beraksi bersama beberapa kelab di Liga Jepun, antaranya Ehime FC, Montedio Yamagata dan JEF United Chiba.

Pada musim ini, Naoki yang memiliki ketinggian 1.78 meter membuat sebanyak 19 penampilan daripada keseluruhan 27 perlawanan diharungi pasukannya.

Meskipun beraksi di posisi pertahanan, dia turut berjaya merekodkan dua bantuan jaringan gol dalam tempoh tersebut.

3) Zulfahmi Arifin

Zulfahmi Arifin merupakan antara pemain berpengalaman yang membarisi skuad Hougang. — Agensi

Zulfahmi Arifin merupakan antara pemain berpengalaman yang membarisi skuad Hougang.

Disebabkan itu, dia yang beraksi di posisi tengah bertahan turut diberikan tanggungjawab sebagai kapten pasukan.

Selain itu, pemain regular skuad kebangsaan ini turut pernah berkelana ke luar, antaranya dengan beraksi bersama Chonburi FC, Suphanburi FC dan Sukhothai FC.

Pada musim ini, pemain yang sudah berusia 32 tahun itu membuat sebanyak 19 penampilan bersama pasukan, di samping mencatatkan dua bantuan jaringan gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiga kelemahan Sang Penyu ketika berdepan Selangor kena ‘improve’ sebelum buka tirai Piala AFC – Sukan

Next Post

[VIDEO] Acah-acah psiko JDT, jurulatih Kawasaki Frontale buat kira-kira guna jari umum 7 perubahan – Sukan

Related Posts