Tidak sign pemain baharu, skuad Jang beri peluang ‘ubi muda’ menyinar – Sukan


NEGERI Sembilan FC (NSFC) pastinya sukar untuk menerima hakikat kehilangan kapten mereka Zaquan Adha Abdul Radzak akibat kecederaan jangka panjang.

Pemain senior berusia 35 tahun itu diketepikan sekurang-kurangnya empat bulan kerana kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL).

Jurulatih skuad Jang, K. Devan mengakui sukar buat pasukannya tanpa kehadiran penyerang senior itu menjelang persiapan pasukannya menghadapi Pulau Pinang dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin.

“Ketiadaan Zaquan adalah satu tamparan hebat kepada kami dan saya doakan dia cepat sembuh,” katanya.

Selain itu, Devan juga akur apabila pengurusan pasukan memutuskan untuk tidak menandatangani mana-mana pemain semasa jendela perpindahan kedua yang bermula pada 5 Julai ini.

Zaquan (kanan) terpaksa diketepikan sekurang-kurangnya empat bulan kerana kecederaan ACL. — Facebook/NSFC

Pihak pengurusan skuad Jang meminta Devan untuk menggunakan pemain muda dalam pasukan Negeri Sembilan II yang bermain dalam Piala MFL.

“Satu mesyuarat pengurusan telah diadakan dan sebulat suara bersetuju bahawa kami tidak akan menandatangani mana-mana pemain semasa jendela perpindahan kedua.

“Ini bagi memberi peluang kepada pemain muda dalam skuad Piala MFL (U-23) untuk membuktikan kebolehan mereka.

“Penilaian semula kedudukan pasukan juga akan dilakukan secara berkala, di samping penambah baikan masa depan sedang dipertimbangkan, mengikut kemampuan kewangan kelab,” kata kenyataan kelab itu.

Sementara itu, pertahanan tengah, Nasrullah Haniff Johan berkata, ia akan menjadi cabaran besar bagi semua pemain untuk mengharungi baki saingan tanpa Zaquan.

“Kami hanya perlu lakukan dan lihat bagaimana kami boleh menghadapinya,” katanya.

Skuad Jang kini menghuni kedudukan kesembilan Liga Super dengan mengumpul 18 mata dan mereka akan melayan kunjungan pasukan Harimau Kumbang bagi aksi ke-15 Liga Super pada Isnin malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Saya kasihan dengannya’, ejen buka mulut pemergian Frank Bernhardt – Sukan

Next Post

Disamakan dengan Mourinho, aura Bojan dalam Liga M sukar dipersoalkan – Sukan

Related Posts