Tidak sampai lima minit Andrade tumbangkan lawan

BEKAS juara UFC, Jessica Andrade hanya memerlukan kurang lima minit bagi menumpaskan pihak lawan Cynthia Calvillo.

Dalam perlawanan pembukaan utama UFC 266, Andrade menewaskan Calvillo menerusi “Techinical Knock Out” (TKO) pada minit ke 4 dan 54 saat dalam Pusingan 1.

Pertarungan itu berlangsung di T-Mobile Arena di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) dan disiarkan di saluran ESPNews dan ESPN+ pada Sabtu.

Andrade menjadi wanita pertama yang bertanding dalam 20 pertarungan di bawah UFC.

Ketika loceng pembukaan, Andrade meluru ke arah Calvillo sebelum menyerangnya.

Calvillo tidak bertindak balas terhadap serangan bertubi-tubi dilakukan Andrade.

Pada masa sama, Cavillo cepat bertindak apabila mundur dari serangan itu, seterusnya pengadil Herb Dean melangkah masuk bagi mengawal pertarungan.

Andrade merampas kejuaraan itu selepas pada April lalu dia tewas di tangan Valentina Shevchenko, menerusi pusingan kedua ketika perlawanan UFC 261.

Ini adalah kekalahan kedua Calvillo sejak kali pertama menyertai perlawanan itu dan dia tewas di tangan Katlyn Chookagian, menerusi pertarungan UFC 255 pada November 2020. —MMAJunkie

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Keluarga Maldini cipta rekod Serie A

Next Post

Bruno gagal jaring penalti, Ole salahkan penjaga gol lawan

Related Posts