Tidak lagi bersama JDT, penyokong Sabah FC mahu OKS ikat Safawi musim 2024 – Sukan


KELAB Thailand, Ratchaburi FC akan mendapatkan khidmat Safawi Rasid secara pinjaman selama setahun pada musim depan.

Penyerang Johor Darul Takzim (JDT) itu menegaskan bahawa, langkah itu membolehkannya mendapat lebih banyak minit permainan selain meraih pengalaman berharga.

Dari sudut lain, langkah itu juga merupakan tanda awal pemain berusia 25 tahun tersebut meninggalkan Harimau Selatan, selepas terlalu kerap memanaskan bangku simpanan.

Safawi juga dikatakan bakal mencari kelab lain selepas tempoh pinjamannya di Thailand tamat.

Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, hajat Safawi untuk ke kelab Liga Malaysia (Liga M) lain dilihat mendapat sambutan penyokong.

Sebelum ini, berlegar-legar khabar angin mengaitkannya dengan kepulangan ke Terengganu FC, yang mana merupakan pasukan pertama dalam karier profesionalnya.

Baru-baru ini, penyokong Sabah FC juga berbesar hati sekiranya pengendali pasukan itu, Ong Kim Swee mendapatkan sentuhan pemain tersebut pada 2024.

Tangkap layar komen penyokong Sabah yang menyambut baik khidmat Safawi di negeri itu.

Si Penjahat menulis: “Boleh ni sambar.”

Ahmad Kamaluddin Bin Muhiddin U menambah: “Pergi Sabahlah. Naikkan Sabah walaupun aku fans JDT. OKS boleh develop Pawi jadi tajam semula. InsyaALLAH.

Jumin Parit berkata: “Welcome to Sabah FC.”

Tambah Angkol Man: “Selamat datang ke Sabah Pawi next season la 2024.”

Tulis Fredolis Nois: OKS sudah pantau-pantau dia ni…confirm masuk Sabah.” — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

'Survival of the fittest', TD JDT bidas Safawi, puji bekas bintang Kedah, Perak

Next Post

Bakal berdepan Switzerland, misi Ronaldo buru gol ke-9 di penampilan ke-5 Piala Dunia – Sukan

Related Posts