Tidak bersama pelumba F1 semasa solidariti Ukraine, Hamilton akui alami masalah penerbangan

TIDAK bergambar bersama 18 pelumba kereta Formula 1 yang meunjukkan solidariti terhadap Ukraine, Lewis Hamilton dipersoal netizen.

Justeru, juara dunia tujuh kali itu tampil memberi penjelasan berkenaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Festival Esports Johor bermula 22 Mac… RM86,000 jadi rebutan

ARTIKEL BERKAITAN: Hulk Iran enggan tarik diri, sedia hadapi ‘The World’s Scariest Man’ di Dubai pada 30 April

Menerusi siaran di Instagramnya, Hamilton memberitahu, kegagalannya bergambar bersama pasukan pelumba adalah disebabkan penerbangannya ditunda.

“Seronok melihat sukan kami bersatu dengan cara ini. Maaf kerana terlepas, penerbangan saya tertunda. #racingunited #standwithukraine,” katanya.

Hamilton tidak sempat bersama pelumba F1 yang lain ketika sesi bergambar menyokong Ukraine.

Hamilton kemudiannya berkongsi siaran tentang pengumpulan dana secara atas talian kepada 27 juta pengikut Instagramnya demi membantu Ukraine.

“Saya menyokong usaha @disastersemergencycommittee. Jika ingin menyumbang, di sini ada maklumat lanjut.

“Jawatankuasa Kecemasan Bencana ialah kumpulan payung daripada 15 badan amal bantuan terkemuka di UK (United Kingdom), dengan rakan kongsi tempatan di Ukraine dan negara bersempadan,” katanya. – Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts