Tiba di bumi Darul Iman 6 tahun lalu, Kipre terus dapat pujian menggunung Irfan Bakti – Sukan


INDUSTRI bola sepak tanah air sering diwarnai dengan kemasukan pemain luar negara yang cukup berkualiti untuk membantu pasukan Liga Malaysia (Liga-M).

Kemasukan pemain-pemain import tersebut banyak memberi pendedahan kepada corak permainan kelab tempatan berikutan pengalaman yang dipersembahkan dalam setiap perlawanan.

Enam tahun lalu, Terengganu FC pernah membawa masuk pemain import berkualiti yang berjaya menyuntik perubahan ketara kepada pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu.

Penyerang import KL City FC, Tchetche Kipre. — Instagram/tchetche_kipre_official_23

Penyerang Ivory Coast, Tchetche Kipre pernah digelar permata baharu Sang Penyu berikutan tanggapan orang ramai yang melabel kehadiran import itu sebagai yang paling berbaloi untuk pasukan Liga Perdana ketika itu.

Tchetche yang ditandatangani pada jendela perpindahan kedua mencatatkan empat jaringan dalam enam perlawanan termasuk dua gol ketika Terengganu FC menentang Negeri Sembilan FC dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Terengganu.

Bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti dilaporkan berkata, mereka bertuah kerana memperolehi satu mata dalam perlawanan terakhir di laman sendiri musim 2016 ketika itu, hasil jaringan Tchetche pada minit ke-44 dan 90+2 selepas skuad Jang mendapat dua gol menerusi jaringan pemain Perancis Jonathan Behe (m-39 dan m-42).

Irfan Bakti turut melaporkan bahawa kemasukan Tchetche ke Terengganu merupakan impiannya yang mengidamkan penyerang berbisa dan bersyukur kerana import baharu itu berjaya selamatkan masa depan pasukan tersebut.

Penyerang import itu merekodkan 31 jaringan dan tujuh hantaran bantuan dalam 55 perlawanan ketika masih bersama skuad Sang Penyu.

Sebelum ini, Tchetche itu pernah menabur bakti bersama pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sebelum berhijrah ke KL City FC musim 2021/2022.

Kini, pemain kelahiran Ivory Coast itu mencetak enam gol dan tiga hantaran bantuan selepas 16 perlawanan Liga Super berlangsung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Kerana mulut, badan binasa’, Faisal sertai senarai 3 individu didenda FAM akibat komen pedas – Sukan

Next Post

Saya pernah saksikan banyak perlawanan JDT sebelum ini — Heberty – Sukan

Related Posts