Tiada tawaran lumayan, tapi hubungan istimewa buat 8 pasukan luar sertai edisi Ke-50 Cobra 10s – Sukan


SELEPAS tiga tahun menyepi, Persatuan Ragbi Gabungan Bekas Pemain (Cobra) kembali menganjurkan kejohanan Kejohanan Ragbi Cobra 10 Sebelah (10s) 2023 selama dua hari bermula 11 November di Padang Astaka Petaling Jaya, Selangor.

Menariknya, ia merupakan edisi ke-50 penganjuran, yang mana pastinya menjadi satu pencapaian cukup membanggakan buat kelab ragbi tertua negara itu.

Pertandingan tersebut akan disertai sembilan pasukan bagi kategori lelaki dan lima pasukan bagi kategori wanita yang pastinya memeriahkannya lagi penganjurannya.

Bagaimanapun, di sebalik kemegahan edisi bersejarah itu, terdapat satu perkara yang menimbulkan tanda tanya apabila pihak Cobra tidak menawarkan hadiah lumayan buat pemenang.

Menurut perkongsian, pemenang hanya akan membawa pulang trofi dan pingat dengan tawaran itu pastinya kurang mencuri perhatian bagi pasukan-pasukan serata dunia.

Tommy (dua dari kiri) ketika majlis pelancaran Cobra 10s edisi ke-50 pada Selasa.

Namun, bagi Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Cobra 10s edisi ke-50, Tommy Pereira, perasaan akrab antara peserta menjadi asbab di sebalik penyertaan mereka.

“Sebenarnya, pada tahun-tahun lalu, kita ada tawarkan hadiah berbentuk wang ringgit. Tetapi, oleh kerana ini adalah edisi ke-50, kita sudah beritahu rakan-rakan kita bahawa tahun ini kita tidak berupaya untuk menawarkannya.

“Tetapi, walaupun mereka tahu perkara itu, mereka sanggup datang kerana mereka adalah rakan ragbi kita untuk 20, 30 tahun, jadi masing-masing tidak datang untuk hadiah lumayan,” katanya.

Penganjuran Cobra 10s sebelum ini terpaksa ditangguhkan akibat penularan wabak Covid-19 dengan sekatan perjalanan menghalang pasukan luar negara menyertainya.

Edisi kali ini turut menawarkan satu kelainan berbanding edisi tahun-tahun lalu apabila saingan kategori wanita bakal berlangsung pada tempoh yang sama.

Penglibatan skuad wanita Cobra membuktikan usaha kelab ragbi itu dalam memarakkan lagi sukan dalam kategori tersebut. — Facebook/COBRA Rugby Club

Ia merupakan satu langkah progresif daripada kelab ragbi berusia 56 tahun berkenaan dalam usaha mereka mengangkat martabat sukan wanita.

Ketika ditanya mengenai sebab di sebalik kesukaran membuat tawaran berbaloi, Tommy berkata, ia adalah kerana kos penganjuran yang semakin meningkat sudah ditanggung pihak Cobra sendiri.

“Kita sebenarnya meletakkan sasaran 12 pasukan lelaki, jadi kita boleh letakkan empat pasukan dalam tiga kumpulan. Tetapi, oleh kerana masalah kewangan dari segi penerbangan dan sebagainya, mereka tidak dapat hadir,” katanya.

Dalam edisi kali ini, tiga peserta hadir dari New Zealand (Global Lions, Kelab Ragbi Pakuranga United, Sekolah Tinggi Palmerston North Boys) dan dua daripadanya tiba dari Afrika Selatan (NTK, West Coast Sharks),

Sementara itu, Australia (Casuarina Cougars), Fiji (Daveta Rugby), Papua New Guinea (Port Moresby Harlequins) hanya menghantar satu wakil dengan pasukan Cobra melengkapkan senarai tersebut.

Bagi kategori wanita pula, Bedok Kings dan Wolves RFC merupakan pasukan dari Singapura sementara tiga yang lain ialah kelab dalam negara iaitu Cobra Venom, Sabah Angel Warriors dan Dingoes RC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Pengadil lain yang buat silap, Subkhiddin pernah nak letak jawatan FAM lepas terima kecaman penyokong – Sukan

Next Post

‘Posting’ ejen beri bayangan Faisal kekal dengan Gergasi Merah musim depan – Sukan

Related Posts