‘Tiada lagi Predator’, fans Kelantan sedih Kervens Belfort ikut jejak Bojan Hodak – Sukan


SELEPAS dikaitkan kembali bersama Kelantan FC, akhirnya Kervens Belfort sah megikuti jejak langkah Bojan Hodak ke Indonesia dan bakal beraksi dalam liga divisyen kedua negara itu.

Belfort diumumkan secara rasmi oleh Sriwijaya FC sebagai pemain import baharu bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan itu.

Pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini dikhabarkan bakal menyertai Kelantan semula selepas dia pulih daripada kecederaan, namun perkara itu dilihat tidak menjadi kenyataan.

Beraksi bersama Kelantan di Liga Perdana musim lalu, Belfort merupakan jentera serangan utama pasukan itu selepas berjaya membantu skuad The Red Warriors (TRW) muncul naib juara.

Pemain berketinggian 1.89 meter itu mempunyai kelebihan dalam perebutan bola di udara selain turut mempunyai sepakan padu dari jarak jauh yang mampu menembusi gawang lawan.

Belfort dengan ketinggian 1.93 meter membuktikan pemain kelahiran Haiti itu berpotensi untuk diletakkan di posisi serangan pasukan dengan fizikal tegap dimilki mampu menggugat barisan pertahanan lawan.

Selepas Sriwijaya mengumumkan Belfort sebagai pemain terbaharu, rata-ratanya penyokong Kelantan merasai kesedihannya kerana mereka kehilangan salah seorang import yang sangat berkualiti.

Malah bekas penyerang import TRW, Nixon Guylherme turut mengucapkan tahniah kepada Belfort dalam ruangan komen rasmi media sosial Sriwijaya.

“Sayang sekali sebab Kelantan kehilangan salah seorang pemain import yang ada kualiti dan kemahiran sangat tinggi,” kata Mer Mey.

“Selamat maju jaya Belfort,” ucap Nixon Guylherme.

“Daripada Nuha Marong lebih baik Kelantan bawa masuk Belfort, tapi nak buat macam dia pun dah ‘sign’ dengan kelab Indonesia,” jelas Muhd Faris.

“Tak ada lagi Predator, pemain yang kuat serta rajin dalam padang, sayang sebab dia cedera TRW tak nak bawa balik main dengan Kelantan,” ujar Mokhsin Amer.

Sebelum ini, penyerang dengan 40 penampilan antarabangsa itu bukanlah seorang penyudah prolifik bersama skuad TRW, namun kehadirannya membolehkan pasukan berkenaan menamatkan saingan Liga Perdana dengan status naib johan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Work in progress’, ejen beri hint ada nafas baharu untuk Kelantan – Sukan

Next Post

‘Mereka bermain seperti satu keluarga’, kata azimat Aidil Sharin ketika julang Piala FA bersama Kedah – Sukan

Related Posts