Tiada lagi FIFA, kini giliran EA Sports FC rampas takhta game bola sepak terbaik di dunia – Sukan


EA SPORTS melancarkan logo baharu yang akan mengiringi francais bola sepak utama mereka ketika pembangun permainan video yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat bersedia untuk melancarkan gelaran pertama mereka tanpa kerjasama FIFA.

EA Sports dan FIFA secara rasmi menamatkan kerjasama 30 tahun mereka pada Mei 2022 selepas kedua-dua pihak gagal mencapai perjanjian pelesenan baharu.

Ini menamatkan salah satu kerjasama yang paling berjaya dalam sejarah permainan video.

Perpisahan itu bermakna EA Sports tidak lagi boleh menggunakan nama badan induk bola sepak FIFA untuk memberi gelaran francais mereka, yang akan dikenali sebagai EA Sports FC.

Dengan nama baharu, datang lambang baharu.

Sesungguhnya, keseluruhan logo platform EA Sports FC mengambil inspirasi daripada segi tiga bentuk yang sinonim dengan taktik dan budaya bola sepak.

Logo baharu akan mula diperkenalkan di dunia nyata hujung minggu depan semasa lebih 100 perlawanan yang akan dimainkan di seluruh liga terbesar di dunia daripada Liga Perdana Inggeris, La Liga, Bundesliga Jerman dan Ligue 1 hingga ke Liga Wanita Liga Super dan Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan.

Liverpool antara pasukan yang mengesahkan bakal berada dalam permainan video EA Sports FC.

Menurut Pengasas Gamesbond, Suki Lee menerangkan apa itu EA Sports FC dan dia menjangkakan nilai komersial permainan itu akan menjadi fenomena.

“EA Sports FC merupakan siri permainan video bola sepak yang baharu bakal dilancarkan selepas tamat musim FIFA23.

“Ia merupakan permainan video bolasepak yang dikeluarkan oleh EA Sports yang dahulunya dikenali sebagai permainan “FIFA”. Namun, pada musim yang akan datang, EA Sports memilih untuk bergerak mengikut haluan sendiri dan tidak lagi menggunakan permainan bernama “FIFA”.

“Permainan ini bakal menjadi fenomena lebih-lebih lagi selepas ketiadaan FIFA. Kerana selepas hampir tiga dekad kolaborasi diantara EA Sports dan FIFA, saya merasakan musim baharu yang akan datang ni akan menjadi musim yang lebih menarik,” katanya kepada Majoriti.

Tambahnya, EA Sports bakal mempunyai perbezaan dan keunikan tersendiri apabila akan menghimpunkan lebih 30 liga terbaik di seluruh dunia.

“Bagi saya, meskipun tidak lagi berkolaborasi bersama FIFA, EA Sports mengesahkan bahawa siri permainan EA Sports FC bakal memiliki lebih daripada 30 liga terbaik di seluruh dunia.

“Selain daripada itu, mode yang dinantikan oleh para penggemar permainan ini adalah mode Ultimate Team,” jelasnya.

Logo baharu yang akan menggantikan permainan FIFA.

Seperti diketahui ramai Gamesbond merupakan perintis komuniti FIFA di Malaysia apabila EA Sports sendiri mempercayai syarikat itu untuk menganjurkan pelbagai kejohanan EA.

” Setakat ini, segala perancangan bagi memperkenalkan EA Sports FC telah dilakukan bersama dengan EA Sports.

“Jika tiada aral melintang, kejohanan yang melibatkan EA Sports FC juga bakal diadakan selepas permainan ini dilancarkan.

“Pemain profesional masih belum mendapatkan apa-apa info berkaitan kejohanan kompetitif buat EA Sports FC.

“Kami berharap agar peluang untuk kami lebih menonjolkan bakat yang sedia ada akan terbuka lebih luas untuk musim yang akan datang,” jelasnya.

Pengumuman tarikh EA Sports FC dijangka akan dibuat pada Julai 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Elak era 1995-2010 berulang, Hamidin optimis HM mampu lonjak ke tangga 120 akhir tahun ini – Sukan

Next Post

Keyakinan mencanak, Lira makin ‘bernafsu’ sumbat gol bantu Kedah – Sukan

Related Posts