Tiada lagi alasan kelab tak lepaskan pemain sertai skuad negara — Zulakbal – Sukan


PERSEKUTUAN Bola Sepak Dunia (FIFA) menyarankan kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) dimasukkan ke dalam kalendar badan bola sepak dunia itu.

Presidennya, Gianni Infantino berkata, Piala AFF sepatutnya menjadi kejohanan rasmi FIFA di rantau Asia Tenggara.

“Piala AFF perlu dinaik taraf kepada kejohanan rasmi FIFA. Kita mesti memastikan kejohanan ini berkembang dengan lebih baik lagi. Jika kita bekerjasama, saya pasti Piala AFF akan menjadi lebih besar dengan kelulusan FIFA,” katanya.

Gianni berkata, kejohanan itu dianggap sebagai acara penting bagi rantau Asia Tenggara.

“Dengan populasi lebih 650 juta orang, semua rakyat Asean sangat menyukai bola sepak,” kata Gianni dipetik daripada laman berita Vietnam, Zingnews.

Penaiktarafan kejohanan Piala AFF bakal memberi kelebihan kepada negara-negara Asia Tenggara yang bertanding untuk memperoleh ranking lebih baik di FIFA.

Gianni berkata, Piala AFF sepatutnya menjadi kejohanan rasmi FIFA di rantau Asia Tenggara.

Penganalisis sukan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berkata, ia juga akan menggalakkan kelab-kelab Liga Malaysia (Liga M) melepaskan pemain masing-masing untuk mewakili negara.

“Apabila FIFA iktiraf Piala AFF, kita pun boleh naik ranking ke tahap lebih baik. Mungkin sebelum ini, ada kelab tak lepaskan pemain, alasannya mungkin sebab (Piala AFF) tak dapat pengiktirafan.

“Lepas ni, jika sudah dapat pengiktirafan FIFA, tiada lagi alasan untuk kelab tertentu tidak melepaskan pemain masing-masing daripada melaporkan diri ke skuad kebangsaan,” katanya kepada Majoriti.

Harimau Malaya kehilangan tonggak utama dalam skuad Piala AFF kali ini. — Facebook

Ketika ini, kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain yang dipanggil bagi mewakili negara pada kejohanan itu berikutan ia tidak berlangsung di dalam kalendar badan bola sepak dunia.

Malah, pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingan.

Ia reaksi balas Tunku Ismail yang mempertahankan tindakan 14 pemain yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF pada 21 Disember lalu.

Zulakbal

Sementara itu, Zulakbal yang juga Profesor Madya Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, pengiktirafan tersebut juga akan membolehkan pemain-pemain terbaik yang ada di Liga M beraksi mewakili negara sekali gus membentuk pasukan terkuat di kejohanan berstatus ‘Piala Dunia Asia Tenggara’ itu.

“Kalau tengok situasi sebelum ini, skuad kebangsaan hilang pemain-pemain terbaik untuk mewakili negara. Ini menyebabkan imej pasukan Harimau Malaya terjejas selepas kalah dengan pasukan Thailand dan Vietnam.

“Tapi kalau dapat pengiktirafan selepas ini, ia boleh dielakkan pada masa depan.

“Pemain pun kena ada semangat tinggi untuk mewakili negara apa lagi dengan pengiktirafan tersebut, mereka pun dapat penampilan (caps) antarabangsa,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Fyna Jebat dah jawab, Zainal Abidin masih teka-teki — ‘Nanti call saya balik’ – Sukan

Next Post

‘Next HM’, IG Story Safawi, TMJ cetus tanda tanya – Sukan

Related Posts