Tiada jaminan kedudukan Kelantan lebih mantap jika bintang JDT berhijrah ke Kota Bahru – Sukan


PENGANALISIS bola sepak tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli memberikan pandangan mengenai isu pemain pinjaman yang akan berlaku antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Kelantan FC ketika jendela perpindahan kedua dibuka Julai nanti.

Kelantan FC difahamkan akan menjadi antara kelab terawal melakukan aktiviti perpindahan apabila pemiliknya, Norizam Tukiman sudah mengumumkan bakal menerima khidmat pemain skuad Harimau Selatan.

Pemain naturalisasi, Sumareh dikatakan sesuai untuk membantu Kelantan FC.

“Pertama sekali saya nampak, siapa pun pemain yang dipinjamkan kepada Kelantan, saya percaya ia adalah antara pemain yang terbaik dapat membantu Kelantan tidak kira apa posisi.

“Kalau melihat kepada kedudukan Kelantan, posisi yang paling penting adalah bahagian hadapan dan pertahahan, kerana posisi ini memerlukan pemain import yang baik untuk berdepan pasukan yang mempunyai barisan hadapan import dan untuk mengimbangi benteng pertahanan berbanding mengharapkan pemain tempatan berdepan dengan pemain import yang laju dan saiz badan lebih besar,” katanya kepada Majoriti.

Beliau juga berpendapat, kemerosotan pasukan The Red Warriors (TRW) itu bakal menemukan jalan penyelesaian apabila mendapat pemain pinjaman daripada pemilik JDT iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim.

Pemain sayap JDT difahamkan mampu menjadi tonggak utama membantu TRW.

Tambah Pekan lagi, antara yang sesuai mengisi senarai bagi membantu Kelantan adalah pemain naturalisasi dan bakat muda pasukan Harimau Selatan.

“Pasukan JDT mempunyai beberapa pemain yang boleh dipinjamkan antaranya Mohamadou Sumareh dan pemain muda seperti Ramadhan Saifullah. Jika dipinjamkan ke Kelantan sudah pasti akan memberi kelebihan untuk memperkukuhkan barisan pasukan,” katanya.

Tambah beliau lagi, bagaimanapun kemasukan pemain JDT bagi membantu jentera serangan dan benteng pertahanan skuad TRW tidak menjamin pencapaian baik pasukan itu kerana kemungkinan besar akan berlaku salah faham atau kurang serasi dalam mendapatkan minit permainan.

“Saya tak pastilah, tapi bagi saya ia bukan satu jaminan besar tetapi apabila pemain dipinjamkan kepada Kelantan,ia bergantung kepada kebijaksanaan jurulatih untuk membentuk keserasian atau gandingan yang mantap antara pemain yang dipinjamkan.

“Kalau kata ramai yang dipinjamkan, ia terpulang dengan jurulatih bagaimana ia dapat membentuk keserasian team Kelantan dengan pemain JDT yang dipinjamkan.

“Kalau pemain yang dipinjamkan tetapi tidak dapat sokongan yang baik dari pemain-pemain yang sedia ada sudah pasti ia akan mengambil masa yang lama untuk bangkit kembali,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Ini tidak adil,’ Jackie Wong tak puas hati rayuan kiraan jarak balingan ditolak juri – Sukan

Next Post

Kelantan FC bakal ‘salin isi’? 2 bekas tonggak jadi buruan perpindahan kedua – Sukan

Related Posts