Tiada hitam putih, Azalinullah patut lebih waspada bila ditabur janji mulut – Sukan


ISU membabitkan pemain tengah Terengganu FC (TFC), Azalinullah Alias yang difahamkan dijanjikan untuk kekal bersama skuad Penyu pada musim depan, nampaknya masih tiada mendapat sebarang maklum balas daripada pihak pengurusan.

Sebelum ini, tonggak tengah itu meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila pihak pengurusan mengumumkan namanya tiada dalam senarai 12 pemain pasukan berpangkalan di Pantai Timur itu pada musim depan.

“Sebelum ini, pengurusan TFC Sdn Bhd mengumumkan nama saya sebagai salah seorang pemain baharu bersama TFC, musim depan. Namun, malam tadi saya terkejut apabila nama saya diumumkan dalam senarai 12 pemain yang tiada dalam draf skuad TFC musim depan.

“Kalau difahamkan dari awal, saya boleh berbincang dengan kelab lain yang mahukan khidmat saya. Walaupun terkejut dan kecewa dengan pentadbiran yang telah meluluskan keputusan itu, saya menerimanya dengan hati terbuka dan berharap suatu hari nanti kita dapat kembali beraksi bersama negara kelahiran,” memetik laporan media.

Mengulas lanjut isu itu, legenda bola sepak negara, Khalid Ali berkata, kejadian yang menimpa Azalinullah itu bukan kali pertama berlaku kepada pemain tempatan dan menurutnya ia adalah kejadian biasa.

Pada Rabu lalu Azalinullah diumumkan antara pemain yang tidak tersenarai dalam perancangan skuad TFC pada musim depan.

Menurutnya, tindakan yang perlu dilakukan oleh seorang pemain apabila dijanjikan kontrak adalah perlu melibatkan dokumen hitam putih bagi mengelak isu berbangkit terjadi.

Hal ini kerana, apabila seorang pemain tidak mempunyai bukti yang sudah ditandatangai adalah susah untuknya menuntut kontrak tersebut.

“Banyak kali jadi tapi pemain tak boleh buat apa sebab ini dia cakap secara lisan. Kalau ada hitam putih mungkin dia boleh claim. Tapi sekarang ini dia memang tak boleh buat apa, ambil tindakan.

“Sebab itu sebagai pemain kena faham kontrak-kontrak, dia sepatutnya bila perjanjian dibuat terus minta surat kontrak atau perjanjian bertulis,” katanya kepada Majoriti.

Tambahnya, dengan situasi yang dihadapi Azalinullah itu berkemungkinan susah untuk skuad lain menggunakan khidmatnya memandangkan masing-masing pasukan mempunyai senarai pemain mereka.

“Ini kesilapan dia. Nak pergi pasukan lain pun tak boleh sebab banyak pasukan lain dah ada senarai pemain mereka. Sebagai pemain profesional dia kena faham. Sepatutnya jangan tunggu kontrak habis, sign dulu sebelum habis. Bila dah habis, nak claim memang tak boleh,” katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, Pengurus TFC, Mohd Fadhil Wahab pula menyatakan bahawa dia perlu merujuk dahulu kepada pihak pengurusan ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemain jersi PJ Rangers itu.

“Saya tak pasti berkenaan benda ini. Saya nak jawab pun tak boleh. Kena rujuk dahulu dengan pihak pengurusan. Sama ada betul atau tidak kena tanya pengurusan. Sama ada dia buat apa semua. Kadang netizen pun bukan tahu kerja pengurusan,” katanya ringkas.

Skuad Penyu pada Rabu mengumumkan 12 pemain tempatan yang tamat kontrak musim 2023 iaitu pemain sayap, FaisaI HaIim, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Sharin Sapien, HafizaI AIias, Muhammad Arif Mohamed Anwar, Mohd Shamirza Yusoff dan AzaIinuIIah.

Selain itu, kontrak lima pemain import iaitu Petrus Shitembi, Pape Diakite, ManueI Ott dan dua penyerang, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche juga tidak diperbaharui pasukan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Sabarlah, tidak lama lagi’, masa depan Saddil Ramdani bakal terungkai – Sukan

Next Post

‘Saya tak kisah’, Benzema respons khabar angin dakwaan beraksi final Piala Dunia 2022 – Sukan

Related Posts