‘The silent killer,’ Penyerang JDT bimbang kejutan Penang FC – Sukan

PENGGEMPUR utama Johor Darul Takzim (JDT), Fernando Forestieri enggan memandang rendah keupayaan Penang FC apabila kedua-dua pasukan itu bertembung pada aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Jumaat.

Bekas pemain kelab Serie A, Udinese itu menyifatkan skuad kendalian Datuk Zainal Abidin Hassan ibarat pasukan the silence killer (pembunuh senyap) yang mampu menidakkan peluang JDT melangkah ke final Piala FA buat kali ketiga, walaupun pasukan itu kini berada di tangga tercorot Liga Super.

Bagi Forestieri, kedudukan liga bukan gambaran pasukan itu lemah sebaliknya mereka mampu menyerlah seandainya JDT bersikap sambil lewa pada aksi kalah mati itu.

Dia bertekad memberi persembahan terbaik buat skuad Harimau Selatan untuk mara ke pentas final dan cuba mengulangi pencapaian skuad itu menjuarai Piala FA pada musim 2016.

“Selepas menang besar 5-0 ke atas Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi Liga Super, ia menambah lagi motivasi kepada kami untuk meneruskan rentak kemenangan.

“Kehadiran jurulatih baharu, Hector Bidoglio di dalam skuad JDT beri lebih keyakinan buat kami.

“Aksi seterusnya pasti mencabar buat saya dan rakan sepasukan apabila melayani kunjungan Penang FC pada aksi separuh akhir Piala FA.

“Hanya selangkah lagi untuk ke pentas final namun kami harus berwaspada dengan ancaman pasukan lawan.

“Saingan Piala FA berbeza dengan liga, ia aksi kalah mati dan rentak permainan juga akan lebih agresif kerana kami mahu kemenangan.

“Pasukan lawan juga mahu mengintai peluang menempah slot ke final, jadi ia perlawanan 50-50,” kata Forestieri menurut laporan media tempatan.

Forestieri yang kini meledak lima gol sepanjang kempen Piala FA, menuntut rakan sepasukan berhati-hati dengan ancaman skuad Harimau Kumbang yang memiliki barisan pemain seperti Adriano dan Hilal El-Helwe.

“Saya difahamkan kali terakhir JDT muncul juara Piala FA ialah pada musim 2016 dan ini peluang terbaik untuk diri saya membantu JDT melangkah ke final buat kali keempat,” katanya. — Berita Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Liridon kembali ke KDA FC? Kalau betul, ramai dah mula rasa meluat – Sukan

Next Post

Tze Yong jangan lena dibuai pujian — Chong Wei – Sukan

Related Posts