TFC, Nafuzi Zain sibuk ‘bercakar’ tapi Faisal Halim sempat cari duit poket buat Grab – Sukan


DALAM kehangatan pergaduhan antara pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) dan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mengenai isu tawaran lanjutan kontrak baharu, gelagat pemain sayap skuad Penyu, Faisal Halim sempat mencuri tumpuan penyokong.

Menerusi perkongsian dari pengguna Tiktok, datosyed.original, Faisal dilihat seperti sedang mencari ‘duit poket’ dengan bekerja sebagai seorang penghantar makanan.

Pemain berusia 24 tahun itu datang dengan memakai pakaian lengkap Grab dan bertanya sekiranya ada pesanan pizza dilakukan oleh individu yang berada dalam video berkenaan.

“Ada order pizza ke? RM99,” katanya dalam video berkenaan.

Faisal sememangnya dikenali sebagai pemain bola yang bijak mencari duit poket lain dengan menceburkan bidang perniagaan dan menjual produknya menerusi laman media sosial.

Bekas tonggak Sri Pahang FC itu kini sedang aktif memasarkan produknya sendiri iaitu mengeluarkan sambal bilis yang diberikan nama Sambal Bilis Siuuuuuuu!!! by Mickey7.

Meskipun video tersebut hanyalah sekadar gurauan bersama rakannya namun ia serba sedikit meredahkan keadaan penyokong yang seakan-akan sudah muak dengan kemelut menimpa TFC.

Pada Ahad, pihak pengurusanTerengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Nafuzi Zain mengenai isu tawaran lanjutan kontrak baharu kepadanya.

Sebelum ini jurulatih kelahiran Kelantan itu meluahkan rasa terkilan dengan layanan pihak pengurusan TFCSB terhadapnya yang disifatkan sebagai tidak profesional dalam menawarkan kontrak baru buatnya.

Menurutnya selepas sidang media selepas pertemuan kedua suku akhir Piala Malaysia dengan Kuala Lumpur City itu, surat tawaran lanjutan kontrak itu diterima menerusi ‘kitman’ pasukan itu di padang latihan.

Mengulas isu berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, Ab Rasid Jusoh berkata, Nafuzi juga bersikap kurang profesional kerana mendakwa jurulatih dari Kelantan itu berunding dan menandatangani perjanjian lebih awal dengan sebuah pasukan di Liga Super pada Ogos 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bukan saja Ten Hag, ramai lagi nak usir saya —  Ronaldo – Sukan

Next Post

Selepas prestasi hambar KDA FC, House of Sang Kenari port suntik semangat baharu penyokong Hijau Kuning – Sukan

Related Posts