TFC hanya fokus final lawan JDT, tak hirau khabar angin — Hai-O – Sukan


KEDUA-DUA penyokong pasukan Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Takzim (JDT) nampaknya sudah tidak sabar untuk menyaksikan aksi kedua-dua pasukan.

Penyokong JDT pasti mahu menyaksikan Harimau Selatan meneruskan penguasaan manakala TFC pula diharapkan dapat menjadi antara pasukan yang menewaskan kelab milik Tengku Mahkota Johor (TMJ) itu.

Namun, meniti beberapa hari sahaja lagi perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 10 September depan, hampir setiap hari nama TFC menjadi bualan penyokong.

Kedudukan Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih masih menjadi tanda tanya. — Facebook/TFC

Berita perpindahan pemain bintang mereka, Faisal Halim dan status ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain antara yang menjadi kerisauan penyokong.

Majoriti sebelum ini melaporkan luahan penyokong yang menganggap khabar negatif Sang Penyu sebagai satu cara untuk mengganggu fokus pasukan untuk beraksi di final Piala FA.

Mengulas perkara berkenaan, penolong jurulatih TFC, Hairuddin Omar berkata, apa yang berlaku kini adalah lumrah dalam bola sepak.

“Bila ada sesuatu game besar antara dua pasukan, pasti akan timbul perang psikologi seperti ini,” katanya kepada Majoriti.

Faisal Halim antara pemain yang dikhabarkan akan berpindah ke kelab lain. — Facebook/TFC

Menurut Hairuddin, pasukan kejurulatihan sudah memberitahu kepada pemain untuk tidak mempedulikan apa sahaja khabar angin melibatkan pasukan.

“Kita memang memberi fokus penuh kepada game final Piala FA. Persiapan pasukan berjalan seperti biasa. Pemain-pemain juga nampak memberi fokus penuh ketika latihan,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MFL beri Sarawak United 14 hari, selesai masalah gaji tertunggak 4 bulan – Sukan

Next Post

Bojan Hodak dah lama rancang kejayaan KL City FC – Sukan

Related Posts