Tewas dengan Chelsea, Arsenal pecah rekod 118 tahun

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta berharap anak buahnya tidak berasa kasihan kepada diri sendiri berikutan kekalahan mereka bertemu Chelsea Ahad lalu.

Dalam perlawanan di Stadium Emirates, The Gunners tewas 2-0 menerusi jaringan daripada Romelu Lukaku dan pemain sayap Reece James pada separuh masa pertama.

Kekalahan kedua itu membuatkan Arsenal memecah rekod 118 tahun apabila tewas dua perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa menjaringkan sebarang gol.

Minggu lepas skuad Arteta itu tewas dengan jumlah jaringan yang sama kepada pendatang baharu EPL, Brendford.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang Real Madrid kerap mesej Mbappe – “Bro, jomlah main bersama…”

Memetik laporan Fotmob, pengendali berusia 39 tahun itu berkata, walaupun pasukannya kecewa dengan kekalahan bertemu Chelsea, namun mereka perlu menumpukan perhatian bagi perlawanan Piala EFL berdepan West Brom Rabu ini.

“Chelsea adalah pasukan yang bagus. Mereka akan sentiasa bermain dengan sebaiknya seperti mana pada perlawanan kali ini. Mereka adalah juara Eropah yang memiliki pemain berkelas dunia dan ini memberi kesukaran buat kami.

“Pada separuh masa pertama kami mengambil masa untuk mendapatkan bola dan kami akur dengan dua jaringan tersebut namun reaksi pasukan serta sokongan penonton, ia beri harapan buat kami untuk terus berjuang pada masa kedua,” katanya.

Arteta turut memuji semangat penyokong yang tidak berputus asa memberi sokongan kepada pemain dan masih berharap pasukannya untuk melakukan yang terbaik.

“Cara mereka memberi sokongan sejak awal amat mengagumkan. Ia adalah situasi yang sangat sukar dan belum pernah berlaku.

“Kasihan pada diri sendiri tidak membantu. Kami perlu memang perlawanan dan bersatu menunjukkan semangat berpasukan.

“Pemain yang tidak beraksi akan mula berlatih esok. Kami perlu memenangi perlawanan pada pertengahan minggu ini dan ia akan membantu dalam pertemuan dengan Manchester City minggu hadapan,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts