Tetap enggan terima suntikan vaksin Covid-19, bekas bintang tenis label Djokovic ‘bodoh’

BEKAS pemain tenis nombor satu dunia, Marcelo Rios menggelar Novak Djokovic sebagai ‘bodoh’ berhubung pendiriannya mengenai vaksin Covid-19.

Juara grand slam 20 kali, Djokovic terlepas saingan Terbuka Australia pada Januari selepas dia diusir dari negara itu kerana keputusannya untuk tidak mendapatkan vaksin Covid-19.

Saingan sengitnya, Rafael Nadal akhirnya memenangi gelaran grand slam pertama musim ini di Melbourne.

Djokovic juga tidak hadir di saingan Indian Wells dan Terbuka Miami kerana sekatan ke atas pemain yang tidak divaksin.

Dan Rios, naib juara Terbuka Australia 2008, percaya Djokovic perlu diberi vaksin tidak lama lagi kerana pendiriannya ketika ini menjejaskan kariernya sebagai pemain tenis terhebat sepanjang zaman.

“Saya fikir perkara yang sama (pada mulanya), tetapi kemudian saya mula mengembara dan saya terpaksa mengambilnya (vaksin).

“Saya tidak tahu apa sebabnya, tetapi jika anda cuba menjadi yang terbaik dalam sejarah dan anda terlepas pertandingan kerana vaksin, anda merupakan raja bodoh,” katanya dalam temu bual bersama akhbar La Tercera.

Djokovic tidak lekang daripada kontroversi sejak pandemik melanda pada Mac 2020. – Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Polis siasat insiden Cristiano Ronaldo serang peminat Everton

Next Post

Ikon bina badan Cedric McMillan meninggal dunia secara mengejut pada usia 44 tahun

Related Posts