Terus lakar sejarah, JDT jadi kelab tanah air pertama guna rumput hybrid – Sukan


DALAM usaha mengukuhkan legasi sebagai sebuah kelab terbaik dalam Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) terus meningkatkan infrastruktur pasukan.

Stadium Sultan Ibrahim, Johor yang ketika ini digunakan sebagai laman sendiri untuk aksi pasukan utama sudah cukup untuk menceritakan mengenai kemegahan skuad Harimau Selatan.

Tidak cukup dengan itu, beberapa fasiliti lain milik kelab, seperti padang latihan juga dilihat berada dalam keadaan baik meskipun sudah bertahun-tahun digunakan.

Bagaimanapun, demi meningkatkan lagi reputasi pasukan, JDT mengambil inisiatif menambah baik serta menyelenggara kemudahan milik kelab.

Dalam satu hantaran di laman media sosial rasmi kelab, pasukan Selatan tanah air itu mengumumkan mereka sedang memasang padang jenis hybrid di Stadium Larkin, Johor.

Kerja-kerja penanaman dan pemasangan rumput masih sedang giat dilakukan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

“Padang jenis hybrid yang baharu sedang dipasang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Johor milik JDT di Larkin. Selepas menganalisa hasilnya, rumput tersebut akan dipasang di kesemua fasiliti milik JDT.

“Padang hybrid ini akan menjadi satu-satu yang seumpamanya dalam bola sepak Malaysia. Rumput hybrid ini adalah kombinasi rumput tiruan dan rumput asli. Ia merupakan teknologi moden yang digunakan di banyak negara-negara luar.,” tulisnya pada Khamis.

Sebelum ini, padang di Stadium Sultan Ibrahim, Johor sering disebut-sebut sebagai padang terbaik dalam negara jika hendak dibandingkan dengan venue-venue lain.

Stadium yang menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia tersebut dilihat berada dalam keadaan cukup baik setiap kali digunakan sehingga menarik perhatian media antarabangsa.

Ketika ini, Stadium Larkin sedang digunakan pasukan belia JDT, termasuk skuad Piala MFL mereka selepas ia tidak lagi digunakan pasukan senior sejak 2020. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Ghairah buru Sergio Aguero, Persija sedia lepaskan bekas pemain RB Leipzig – Sukan

Next Post

Rezal Zambery, Kim Swee anggap kekalahan HM ada hikmah tersendiri – Sukan

Related Posts