Tersingkir awal Euro 2020, pengurus Rusia dipecat

SKUAD Rusia kini mencari pengurus baharu selepas memecat Stanislav Cherchesov berikutan prestasi yang lemah dalam saingan Euro 2020.

Pemecatan Cherchesov diumum pada Khamis waktu tempatan.

Ia sekali gus mengakhiri khidmat beliau bersama pasukan itu selama lima tahun sejak 2016.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menjelang kejohanan, pegawai sukan Rusia memberitahu mereka mahu mencapai peringkat kalah mati, berdasarkan kejayaan pasukan itu pada Piala Dunia 2018 dengan mara ke peringkat suku akhir buat pertama kali.

Bagaimanapun, Rusia kecundang selepas ditewaskan Denmark dengan 4-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan B.

Presiden Persatuan Bola Sepak Rusia, Alexander Dyukov berkata, keputusan untuk menamatkan kontak Cherchesov dimuktamadkan selepas mengadakan perbincangan bersama beliau.

– Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bakal beraksi di Olimpik Tokyo, pelari Jerman digelar atlet paling seksi di dunia

Next Post

Sah! Mbappe hiasi wajah baharu Fifa 22

Related Posts