Terjunan ke-4 gagalkan gandingan Pandelela-Dhabitha raih pingat – Sukan

DATUK Pandelela Rinong terus bergelut dalam Sukan Komanwel Birmingham selepas dia dan Nur Dhabitah Sabri terlepas pingat dalam acara 10m platform seirama akhir wanita.

Juara Sukan Sea 2021 di landasan tepat untuk pemburuan emas di Birmingham selepas tiga terjunan apabila dijurangkan hanya 1.80 mata dengan peserta di tempat pertama.

Bagaimanapun, terjunan keempat merugikan mereka yang menyaksikan mereka tergelincir di tangga terakhir dengan baki satu terjunan.

Walaupun berjaya melakukan terjunan hampir sempurna dalam percubaan terakhir mereka, mereka terpaksa berpuas hati di tempat keempat dengan 286.08 mata, hanya 0.96 mata di belakang wakil England, Robyn Birch dan Emily Martin (286.92 mata).

Penerjun Australia, Charli Petrov dan Melissa Wu (306.00 mata), membawa pulang emas selepas mengatasi wakil England, Eden Cheng dan Andrea Andrea Spendolini-Sirieix (298.86 mata).

Sebelum itu, penerjun lelaki negara, Ooi Tze Liang, menduduki tempat ketujuh dalam acara akhir 3meter papan anjal lelaki. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Kalut la team lawan nak kawal,’ Harapan penyokong JDT di final Piala FA – Sukan

Next Post

Nafuzi teruja jumpa JDT, dedah 2 kunci kejayaan TFC mara ke final Piala FA – Sukan

Related Posts