Terjahan kasar Chanturu jejas aksi Kelantan-SUFC, kenapa tiada kad merah? – Sukan


KEPUTUSAN seri 1-1 yang dicatatkan Kelantan FC ketika berdepan Sarawak United FC di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada Isnin sudah cukup buat The Red Warriors (TRW) untuk menempah slot ke suku akhir Piala Malaysia.

Kemaraan yang dicatatkan menerusi agregat 2-1 itu pastinya mendatangkan kegembiraan kepada penyokong setia TRW selepas kali terakhir mara ke peringkat itu pada 2018.

Selain itu, pemilik kelab, Norizam Tukiman yang sama menyaksikan perlawanan itu di stadium juga pastinya berkongsi kegembiraan selepas sasaran yang diletak berjaya dicapai.

Namun, dalam kejayaan itu, terpalit satu kontroversi yang mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat tegar TRW meskipun ia tidak memberi kesan besar ke atas keputusan.

Ketika perlawanan menghampiri wisel penamat, pemain Ngap Sayot, S Chanturu bertindak menjatuhkan penyerang sayap kiri, Fazrul Amir Zaman sehingga menggagalkan serangan yang cuba dilancarkan.

Lebih teruk lagi, insiden itu jelas menunjukkan cara Chanturu menjatuhkan pemain lawan itu adalah terlalu kasar, iaitu dengan membentes kaki Fazrul.

Tidak cukup dengan itu, tindakan susulan pemain Sarawak United itu turut mengundang perhatian apabila dia seakan-akan mencetuskan provokasi walaupun wisel sudah ditiup.

Perkara itu mendatangkan perasaan berang barisan pemain Kelantan FC yang terus menerus mendesak pengadil perlawanan untuk melayangkan kad merah kepada bekas pemain kebangsaan itu.

Selain berpendapat terjahan itu adalah kasar, mereka turut berasakan Chanturu sepatutnya dibuang padang kerana pasukan kendalian Rezal Zambery Yahya ketika itu mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Tangkap layar memaparkan Chanturu bertindak menerjah kasar Fazrul Amir.

Namun, bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih mendalam atas kelakuan itu, Majoriti menghubungi pemerhati bola sepak tempatan, Zainal Abidin Rawop.

“Dalam peraturan perlawanan (law of the game), perkara itu adalah bergantung kepada budi bicara pengadil dan sekiranya dia menganggap itu merupakan satu kekasaran yang agak keras dan juga disengajakan, pengadil boleh terus melayangkan kad merah.

“Tetapi, jika pengadil mengatakan bahawa itu adalah merupakan satu kekasaran yang wajar untuk diberi amaran pertama kerana mungkin Chanturu tidak ada melakukan kesilapan sepanjang perlawanan, jadi dia diberikan amaran pertama,” katanya.

Jelas Zainal, meskipun ramai melihat Kelantan FC mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, ia masih tidak hampir dan perkara itu masih tertakluk di bawah budi bicara pengadil.

Insiden itu jelas menerima pelbagai respons negatif daripada penyokong pasukan Pantai Timur itu dengan majoriti daripada mereka sekali lagi mempersoalkan mutu pengadilan.

Dalam masa sama, ketika ditanya mengenai pertelingkahan luar permainan antara kedua-dua pihak itu, Zainal Abidin menjelaskan perkara itu terletak di bahu barisan pengadilan secara keseluruhan.

“Itulah sebabnya kenapa dalam setiap perlawanan, kita perlu ada pesuruhjaya perlawanan (match commissioner) atau penilai pengadil kerana mereka berkuasa untuk memberi arahan kepada pengadil.

“Begitu juga dengan pegawai keempat kerana mereka bukan sekadar untuk mengangkat papan keluar masuk pemain tetapi dia juga bertindak selaku mata yang keempat kepada pengadil di luar padang,” katanya.

Tambahnya, pengadil keempat mempunyai kuasa untuk menghentikan permainan dan memberitahu kepada pengadil di atas kelakuan yang kemungkinan tidak disedari pegawai-pegawai lain.

Kelantan FC selepas ini bakal berdepan naib johan Piala Malaysia 2021, Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu di laman sendiri sebelum berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 11 November. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bukan Liverpool tapi The Citizens ada pencabar baharu — Guardiola – Sukan

Next Post

Ketahui pro-kontra jika bintang Melaka United berhijrah ke TFC musim depan – Sukan

Related Posts