Teong Kim ‘backup’ pemain Perak, tolak cadangan Sathianathan – Sukan


SKUAD Kuala Lumpur City (KL City) FC terus mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Super apabila menundukkan Perak FC, 1-0 dalam perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, tempoh hari.

Pasukan Perak FC kendalian Datuk Lim Teong Kim yang dibarisi pemain muda pula dilihat kurang melancarkan serangan berbahaya dan lebih banyak bertahan bagi mengelak gol mereka dibolosi.

Bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu hanya menurunkan seorang sahaja pemain import berbanding jumlah import dan pemain kacukan yang lebih ramai di KL City.

Mengulas mengenai permainan itu, Teong Kim ketika ditemu bual Astro Arena selepas tamat perlawanan memberitahu, para pemainnya memerlukan masa kerana mereka masih muda dan kurang berpengalaman.

Corak permainan anak-anak buah Teong Kim pada separuh masa kedua bagaimanapun mendapat bekas jurulatih Harimau Malaya, B Sathianathan.

Dalam temu bual itu, Sathianathan meluahkan rasa teruja melihat taktikal 4-4-2 yang dilihat dapat mengawal bahagian tengah.

Aksi pasukan Perak FC menentang KL City FC dalam saingan Liga Super. — Facebook/ Perak Football Club

Menurut Sathianathan, walaupun Perak tewas, namun dia percaya keputusan akan berubah jika skuad Seladang mendapatkan seorang pemain penyerang import berpengalaman.

Begitupun, cadangan Sathianathan itu tidak dipersetujui oleh Teong Kim.

“Saya sangat terkesima melihat permainan Perak di separuh masa kedua di mana pemain menguasai tengah secara total.

“Tapi saya berasakan jika pasukan mempunyai seorang penyerang import, ia akan memberikan impak besar,” kata Sathianathan kepada Teong Kim dalam temu bual itu.

Teong Kim dilihat masih teguh dengan prinsip penggunaan pemain muda tempatan dan kurang bersetuju dengan cadangan Sathianathan.

“Saya tak bersetuju dengan itu. Sebab itu saya kata, bertenanglah. Bagi saya bekerja dengan budak-budak ini. Kita ada penyerang muda seperti Amirul Husaini Zamri, Shafizi Iqmal Khiruddin. Mereka perlu masa,” jelas Teong Kim.

Dalam pada itu, Teong Kim mengakui bahawa pertahanan tengah lokal agak sukar untuk menghalang penyerang-penyerang import pasukan lawan namun beliau percaya jika diberikan masa, pemain muda ini akan meningkat naik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kapten England bakal tambah sengat trio Red Devils – Sukan

Next Post

BAM cadang Lee Chong Wei jadi pengurus program ‘Road to Gold’ Sukan Olimpik 2024 – Sukan

Related Posts