Ten Hag pengurus baharu Man United, sudah ada senarai pemain pilihan

PENGURUS baharu Manchester United, Erik ten Hag dilaporkan sudah memilih pemain yang difikirkannya ‘berbaloi untuk dikekalkan’ apabila tiba di Old Trafford, pada penghujung musim ini.

Berita yang ditunggu-tunggu bahawa Ten Hag meninggalkan Ajax dan menjadi pengurus tetap Manchester United diumumkan dalam satu kenyataan kelab.

Ten Hag menyertai Manchester United dalam keadaan kelab yang huru-hara, dengan pemain tidak menunjukkan prestasi cemerlang.

Malahan, kelab itu merosot di luar kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dan beberapa individu dijangka meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Di sebalik semua isu yang berterusan, The Guardian melaporkan pengurus berusia 52 tahun itu percaya skuad semasa ‘tidak cukup berprestasi’ musim ini dan berpendapat terdapat ’empat kumpulan pemain’ yang boleh bekerjasama dengannya pada masa akan datang.

Kumpulan pertama terdiri daripada pemain yang sudah berada di kemuncak kerjaya mereka, di mana Ten Hag meletakkan Bruno Fernandes dan Raphael Varane.

Kemudian pemain yang turut ‘memasuki’ fasa itu, termasuk Marcus Rashford dan Scott McTominay.

Donny van de Beek, yang mana Ten Hag pernah bekerja dengan Ajax dan kini dipinjamkan di Everton, akan diberi peluang untuk memulihkan kerjayanya di Old Trafford.

Dalam pada itu, bakal berlaku beberapa perlepasan penting musim panas ini, termasuk Paul Pogba, Jesse Lingard, Nemanja Matic, Phil Jones dan Juan Mata yang akan memberi Ten Hag lebih banyak ruang untuk pemilihan pada jendela perpindahan musim panas.

Sasaran utamanya dalam pasaran dijangka menjadi pemain tengah, dengan bintang berpengaruh West Ham Declan Rice dalam senarai pendek.

Pemain ‘centre-back’ dan penyerang baharu juga akan menjadi keutamaan Ten Hag pada musim panas.

Ten Hag menandatangani kontrak hingga Jun 2025, dengan pilihan untuk lanjutan setahun.

Beliau menguruskan Ajax selama empat tahun, sehingga memperoleh kemenangan liga Belanda dan gelaran berganda pada 2018-19 dan 2020-21. – Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Sukan ‘tampar punggung’ raih perhatian, syarat perlawanan sangat ringkas

Next Post

Kejohanan UniPin Ladies Series MYSG kembali! Tawar tiga kali ganda hadiah untuk pemenang

Related Posts