TCH terkejut, lega tiada perkara buruk berlaku – Sukan


PERLAWANAN separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Selangor FC dan naib juara Piala FA, Terengganu FC (TFC) dicemari dengan insiden kekacauan yang berlaku di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Kejadian dipercayai berlaku disebabkan ketidakpuashatian penyokong tuan rumah terhadap keputusan perlawanan itu yang berakhir dengan menyaksikan TFC tewas 2-3 secara agregat di tangan Selangor.

Selepas aksi separuh akhir itu, bas yang membawa pemain dan pegawai Selangor FC diserang oleh sekumpulan penyokong ketika dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan.

Sekumpulan individu itu dikatakan menunggu di tepi jalan bagi melakukan tindakan agresif iaitu membaling objek keras sehingga cermin bas pecah.

Berdasarkan perkongsian daripada beberapa individu, batu yang dibaling oleh penyokong Terengganu bukan sahaja hampir terkena kepala pemain, malah anak-anak kecil yang merupakan ahli keluarga pasukan itu juga menangis ketakutan.

Tangkap layar bas Selangor dibaling batu oleh segelintir peminat pasukan tuan rumah.

Insiden berkenaan turut dikongsikan oleh tonggak import Selangor FC yang kecewa dengan tindakan tidak bermoral oleh segelintir penyokong skuad Penyu.

Turut berada dalam bas ketika kejadian, pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe mengakui bahawa insiden itu mengejutkan seluruh pasukan Selangor termasuk dirinya.

Bagaimanapun, Cheng Hoe bersyukur bahawa tiada sebarang kecederaan menimpa dia dan para pemainnya.

Jurulatih kelahiran Kedah itu juga berkata, pihak pengurusan skuad Gergasi Merah juga sudah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

“Setakat ini tiada cuma kami terkejut dengan kejadian yang berlaku itu. Saya ada dalam bas dengan pasukan semasa kejadian itu dan saya pun tiada juga kecederaan yang berlaku.

“Pegawai ada laporkan dengan pihak polis tapi tindakan selanjutnya saya tak pasti lagi,” katanya kepada Majoriti.

Cheng Hoe menasihatkan kepada penyokong bahawa segala keputusan akhir perlawanan perlu diterima baik dan jangan membuat perkara yang membahayakan nyawa.

Sebelum ini, Majoriti turut melaporkan bahawa FAM perlu menunggu laporan penuh siasatan daripada pihak Kommisioner Perlawanan (MC) dan dari Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Dalam pada itu, Selangor akan bertemu juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) pada 26 November di Stadium Nasional Bukit Jalil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Enam kali Faisal menangis ucap selamat tinggal buat Sang Penyu – Sukan

Related Posts