TCH atau Nafuzi, dua-dua memang layak — Azraai Khor – Sukan


KEBELAKANGAN ini, nama jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menjadi topik perbualan penyokong bola sepak tanah air selepas dia memberi bayangan akan meninggalkan skuad Penyu pada penghujung musim ini.

Selepas dikaitkan Selangor FC, pengendali berusia 44 tahun itu pula dikaitkan dengan perpindahannya ke Kedah Darul Aman (KDA) FC pada musim depan.

Nafuzi yang cukup dikenali dengan menyerlahkan bakat-bakat muda pasti membuatkan ramai pasukan berminat untuk melantik bekas pemain Terengganu itu.

Penyokong TFC rata-ratanya tidak merestui Nafuzi berpindah ke Kedah. — Facebook TFC

Khabar berita itu tercetus apabila perkara itu dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom yang mengatakan Nafuzi semakin hampir ke Darul Aman.

Prestasi ibarat yo-yo pada peringkat Liga Malaysia dan kegagalan di kejohanan AFC pasti menjadi faktor utama Kedah perlu mencari pengganti ketua jurulatih, Aidil Shahrin Sahak.

Namun begitu, selain jurulatih kelahiran Kelantan berkenaan, nama Tan Cheng Hoe masih menjadi pilihan utama para penyokong Sang Kenari.

Bagi jurulatih berpengalaman Azraai Khor Abdullah yang juga bekas pengendali Kedah sama ada Cheng Hoe ataupun Nafuzi, kedua-duanya cukup berkelayakan untuk mengendali skuad Hijau Kuning.

Mana tidaknya, kedua-dua jurulatih tersebut mempunyai rekod cemerlang melatih pasukan Liga Super dan mereka juga merupakan bekas pemain Kedah.

“Antara Cheng Hoe atau Nafuzi, saya tak boleh cakap. Bagi saya keputusan di tangan pengurusan. Dua-dua bekas pemain saya dan kedua-duanya pun memang layak untuk kendalikan Kedah.

“Berdasarkan pencapaian dia (Nafuzi) di TFC, tiada masalah jika dia ke Kedah. Itu atas KDA sendiri nak lantik dia atau tidak. Kalau kelayakan tak payah buktikan apa-apa pun. Dah nampak keputusan dia. Kedah jumpa dia pun kalah, ” katanya kepada Majoriti.

Cheng Hoe merupakan jurulatih yang diidamkan penyokong untuk mengganti Aidil Sharin. — Agensi

Bagaimanapun, bekas pengendali 69 tahun itu menegaskan bahawa pihak pengurusan yang perlu memberi kerjasama jika memutuskan untuk melantik Nafuzi sebagai pengendali baharu.

Baginya, pihak pengurusan tidak boleh campur tangan dalam perancangan jurulatih baharu Kedah.

“Kalau pengurusan tidak boleh bagi apa dia nak, tak jadi apa. Jika Nafuzi ke Kedah pasti ada perubahan pemain. Masing-masing jurulatih akan bawa beberapa pemain dan dia akan study siapa yang layak. Akan berlaku rombakan pemain.

“Kalau Nafuzi masuk, pengurusan kena boleh penuhi permintaan dia. Kalau tak boleh, sama saja,” tambahnya.

Jelasnya, prestasi Kedah pada musim ini juga bukan disebabkan kejurulatihan Aidil Sharin namun kerana pihak pengurusan yang tidak memberinya kebebasan dalam pemilihan pemain.

“Aidil tahu pemain mana perform dan tak. Cuma sama ada dia dapat kerjasama daripada pengurusan atau tidak.

“Jangan salahkan Aidil apa yang berlaku, pengurusan perlu bertanggungjawab. Aidil tak dapat apa dia nak (iaitu ) pemain-pemain yang dia idamkan,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Impossible’ hints Faisal Halim tidak akan bersama TFC? – Sukan

Next Post

Catat masa 11.91 saat, Nor Sarah kini ratu pecut Sukma MSN 2022 – Sukan

Related Posts