TBG dalam prestasi terbaik, 3 pemain Perak FC perlu dirantai JDT di SSI – Sukan


PERAK FC kini dilihat berada di tahap prestasi terbaiknya apabila buat pertama kalinya pada musim ini berjaya merekodkan dua kemenangan berturut-turut dalam dua aksi terakhirnya.

Kemenangan dengan jaringan 3-1 itu masing-masing dicapai ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan pusingan ke-16 Piala Malaysia pada 3 0gos dan Penang FC ketika aksi Liga Super pada Rabu lalu.

Kestabilan persembahan ditunjukkan skuad The Bos Gaurus (TBG) itu pastinya harus dikreditkan kepada jurulatih pasukan Yusri Che Lah yang mula mengambil alih pasukan pada 26 Mei lalu.

Selain itu, penambahbaikan pemain import dibuat pada pertengahan musim baru-baru ini juga dilihat merupakan sinergi positif membantu pasukan bagi mencapai prestasi terbaiknya.

Selepas mengambil alih pasukan, Yusri tidak mengambil masa lama untuk mentransformasikan Perak FC daripada menjadi pasukan belasahan untuk kelab di kelompok teratas liga kepada skuad yang lebih kompetitif dalam setiap perlawanan diharungi.

Empat perlawanan terakhir dilaluinya menyaksikan TBG berjaya memungut dua kemenangan masing-masing ketika menentang Kuching City FC dan Penang FC dan satu keputusan seri semasa melawan Kelantan United FC.

Yusri Che Lah berjaya menunjukkan kebangkitan pasukan Perak FC dalam beberapa perlawanan terdahulu. — Facebook/PerakFC

Peningkatan dalam tempoh tersebut juga terbukti dengan anak buahnya berjaya mengurangkan defisit kekalahan terhadap pasukan di tangga keempat Liga Super ketika ini iaitu Sri Pahang FC apabila hanya tewas 1-0 pada aksi timbal balik pada 30 Julai lalu berbanding 3-1 ketika perlawanan pusingan pertama.

Prestasi semasa dipamerkan Perak FC itu pastinya akan membuatkan semua pasukan akan lebih berwaspada untuk bertemu TBG dalam aksi seterusnya.

Untuk perlawanan minggu ke-20 liga pada Ahad, Perak FC akan berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor untuk menentang pasukan pendahulu, Johor Datul Takzim (JDT).

Di atas kertas, keputusan perlawanan itu sememangnya dijangka berpihak kepada JDT yang kini berada di prestasi terbaik dengan berjaya memungut mata maksimum hasil daripada 19 perlawanan dilalui.

Namun, cabaran yang boleh diberikan skuad Perak FC juga tidak boleh diketepikan meskipun TBG turut dilihat bakal memasuki aksi tersebut dengan sedikit tempang apabila berhadapan kemungkinan kehilangan khidmat kaptennya, Luciano Guaycochea akibat kecederaan.

Berikut Majoriti senaraikan tiga pemain perlu diberikan perhatian oleh JDT dalam aksi tersebut untuk mengelakkan kejutan daripada Perak FC:

1. Seo Seunung

Seonung kini mengumpul lima jaringan bersama Perak FC. — Facebook/PerakFootballClub

Pada musim ini, Seo Seonung merupakan antara pemain menampilkan aksi konsisten sepanjang menyarung jersi TBG.

Meskipun terpaksa disisihkan dalam sembilan perlawanan liga akibat kecederaan, namun pemain sayap dari Korea Selatan itu tidak mempunyai masalah untuk kembali mendapatkan prestasi terbaiknya dalam empat perlawanan terakhir diharunginya apabila merekodkan dua jaringan dan satu bantuan gol.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan jaringannya dicatatkan pemain yang memiliki versatiliti di bahagian depan pada musim ini kepada lima jaringan.

Dalam empat perlawanan terakhir, Yusri meletakkan Seonung di beberapa posisi antaranya sebagai penyerang utama dalam dua perlawanan menentang Kuching City FC dan Sri Pahang FC serta di bahagian sayap kanan dan kiri masing-masing ketika melawan Penang FC dan KDA FC.

2. Luka Milunovic

Milunovic (dua kanan) ketika beraksi bersama Perak FC. — Facebook/PerakFootballClub

Luka Milunovic masuk menyertai Perak FC pada pertengahan musim ini sebagai pemain tengah menyerang.

Bagaimanapun, Yusri meletakkan pemain import kelahiran Serbia itu di beberapa posisi lain dalam perlawanan awal pasukan antaranya sebagai pemain sayap kiri dan pemain tengah.

Meskipun baru tampil dalam empat perlawanan, kehadiran Milunovic, 30, sememangnya memberikan suntikan pengalaman terhadap barisan serangan Perak FC dan ia terbukti hasil dua kemenangan diperolehi pasukan dalam dua perlawanan terakhir.

Beliau turut merekodkan gol sulungnya dalam aksi ketiganya bersama Perak FC sebagai pemain tengah ketika membantu pasukan menewaskan KDA FC dalam saingan Piala Malaysia.

3. Wan Zack Haikal

Wan Zack (kanan) meraikan jaringan dihasilkan ketika menentang Penang FC Rabu lalu. — Facebook/PerakFootballClub

Wan Zack Haikal kini menjadi antara tonggak utama yang dipilih bagi membarisi kesebelasan utama pasukan meskipun agak bergelut pada awal musim.

Bermula dengan perlawanan ketika menentang Sri Pahang FC pada 16 Mac lalu, pemain sayap kanan itu tidak lagi menoleh ke belakang apabila tampil dalam 11 daripada 15 perlawanan Liga Super.

Kemuncak kepada prestasinya itu dapat dilihat apabila dia dapat mencatatkan jaringan sulung pada musim ini ketika membantu kemenangan pasukan semasa menentang Penang FC Rabu lalu dan satu bantuan jaringan.

Dengan pengalaman panjangnya beraksi di Liga M, Wan Zack pastinya mampu hadir sebagai ancaman yang mampu mengecewakan JDT dalam aksi kali ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Reezal Merican kembali dalam politik, tawan DUN Bertam di PRN Pulau Pinang – Sukan

Next Post

‘Ada tawaran daripada luar negara’, ejen kongsi masa depan Bernhardt – Sukan

Related Posts