Tanpa Pandelela-Dhabitah, cabaran berat menanti skuad terjun wanita pada Sukan SEA Kemboja – Sukan


KETIADAAN dua jaguh terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri boleh meletakkan Malaysia dalam situasi sukar untuk menguasai acara wanita dalam Sukan SEA di Kemboja, Mei ini.

Penolong Jurulatih Kebangsaan, Datuk Leong Mun Yee mengaku beliau agak bimbang dengan prestasi penerjun muda dalam kedua-dua acara 3 meter (m) papan anjal dan 10m platform pada temasya dwitahunan itu.

“Kita patut bimbang dengan kemunculan penerjun Indonesia dalam acara 3m papan anjal wanita kerana mereka menampilkan prestasi memberangsangkan pada Sukan SEA lepas.

“Bagi acara 10m platform, kedua-dua penerjun (Malaysia) yang akan membuat penampilan sulung dalam Sukan SEA, masih baharu dalam acara berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Mengenai cabaran skuad lelaki, Mun Yee yang juga bekas penerjun negara percaya anak buahnya tidak seharusnya menghadapi masalah untuk mempamer kehebatan dan menguasai kolam renang di Pusat Akuatik, Morodok.

Pada Januari lepas, Mun Yee mengumumkan bahawa penerjun elit tidak dipertaruhkan pada Sukan SEA 2023 sebagai langkah memberi pendedahan kepada barisan penerjun muda di peringkat antarabangsa.

Pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam, Mei lepas, kem terjun negara yang turut menampilkan Pandelela dan Nur Dhabitah menyapu bersih dengan membawa pulang kesemua lapan pingat emas yang dipertandingkan.

Sementara itu, bekas Olimpian negara itu berkata, kesemua penerjun negara akan menyertai Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan Malaysia (MIAG) ke-58 2023 yang dijadual berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 April ini.

Menurut Mun Yee, MIAG akan menjadi sebahagian daripada persiapan terakhir sebelum mereka menyahut cabaran dalam Sukan SEA.

“Kesemua mereka akan mewakili pasukan kebangsaan bersama skuad senior dalam MIAG. Mereka akan bersaing dengan pasukan negeri dan penerjun dari Singapura,” katanya.

Sukan SEA 2023 akan bermula dari 5 hingga 17 Mei ini manakala acara terjun dijadual berlangsung dari 8 hingga 11 Mei. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bellingham lebih minat ‘join’ Man United berbanding Liverpool – Sukan

Next Post

‘Saya gembira lihat mereka main’, Safawi tidak kecil hati dipinggir skuad HM – Sukan

Related Posts