Tan Cheng Hoe tabik 2 faktor kejayaan Selangor FC mara separuh akhir Piala FA – Sukan


KETUA jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe menyifatkan komitmen dan mentaliti tinggi pemainnya menjadi kunci kepada kemenangan pasukan itu menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC), 3-1, dalam saingan suku akhir Piala FA, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Selangor akan menentang Johor Darul Takzim (JDT) di peringkat separuh akhir Piala FA 2023.

Dalam perlawanan itu, Negeri Sembilan terlebih dulu menjaringkan gol menerusi Mohamad Safuwan Baharuddin pada minit pertama permainan namun Selangor pantas menyamakan kedudukan hasil jaringan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ketiga.

Kemenangan skuad Gergasi Merah dalam saingan kalah mati itu menerusi dua gol dijaringkan Yohandry Orozco Cujia pada minit ke-60 dan 87.

Cheng Hoe berkata, walaupun Selangor dikejutkan dengan jaringan awal oleh pasukan tuan rumah pada minit pertama permainan, namun ia tidak menjejaskan fokus anak buahnya sehingga berjaya menyamakan kedudukan hanya berselang dua minit.

“Satu perlawanan yang sengit, tapi komitmen dan mentaliti ditunjukkan pemain Selangor harus dipuji kerana mereka tidak mudah mengalah dan ia menjadi faktor utama menyumbang kepada kemenangan malam ini (Sabtu).

“Walaupun gawang kita dibolosi awal, tapi ia jelas tidak menggugat rentak dan fokus pemain apabila mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan dengan cepat.

“Situasi itu memberi keyakinan kepada pemain untuk menyusun gerak dan kekalkan rentak terbaik selain berjaya mengurangkan kesilapan hingga menyekat pemain lawan menambah gol,” katanya selepas tamat perlawanan pada Sabtu.

Orozco dinobatkan sebagai ‘Man of the match’ pasukan Selangor ketika berdepan Negeri Sembilan pada Sabtu. — Facebook/Selangor FC

Sementara itu, ketua jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan tidak menyalahkan pemainnya sebaliknya menegaskan mereka tidak mempunyai pemain import berkualiti untuk menandingi Selangor.

“Jika kami mempunyai lebih ramai pemain import berkualiti, ia akan menjadi cerita yang berbeza. Itulah perbezaan antara kami dan Selangor – kami tidak mempunyai kualiti untuk bersaing dengan mereka.

“Kami tidak boleh menyalahkan pemain kerana mereka bekerja keras sehingga wisel penamat tetapi masih tidak dapat bersaing dengan pasukan Selangor,” katanya.

Sementara itu, Terengganu turut menempah slot ke peringkat separuh akhir selepas membelasah Kelantan 4-2.

Skuad Penyu menjaringkan gol menerusi Azam Azmi Murad (minit ke-17), Ivan Mahmut (minit ke-41), Sony Norde (minit ke-53) dan Syafiq Ismail (minit ke-82).

Ismaheel Akinade membalas untuk Kelantan pada minit ke-45 dan ke-64.

Terengganu akan menentang Kuala Lumpur City FC pada separuh akhir. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Comeback stronger! Syafik Ismail perlu ikut jejak 3 senior lokal untuk cepat bangkit dari ACL – Sukan

Next Post

Orang nampak pemain hebat, tapi ada yang bekerja keras di balik tabir — Aminuddin Omar – Sukan

Related Posts