Taktik ‘parking bas’ makan diri, Harimau Malaya tersungkur dibentes Gajah Perang – Sukan


TAKTIK skuad Harimau Malaya yang dilihat bermain secara bertahan pada pertemuan menentang Thailand pada aksi separuh akhir kedua kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (Piala AFF) 2022 di Stadium Thammasat, Pathum Thani membawa padah apabila tumpas 0-3, sekali gus tersingkir menerusi agregat 1-3 pada Selasa.

Dalam pertemuan timbal balik itu, gol-gol skuad Gajah Perang dicetak oleh Teerasil Dangda pada minit ke-19, Bordin Phala (55) dan penyerang baharu Terengganu FC, Adisak Kraison pada minit ke-71.

Gagal mengekalkan permainan baik seperti perlawanan terdahulu, kombinasi di bahagian tengah yang diketuai oleh Brendan Gan dan Stuart Wilkin dilihat gagal membuahkan hasil apabila sering hilang kawalan bola dan gagal membuat hantaran berbahaya kepada rakan pasukan.

Lebih mencuri tumpuan, arkitek muda Selangor, Mukhairi Jamal juga dikatakan sering hilang bola dan mudah terjatuh ketika diasak pasukan lawan.

Situasi bertambah serius apabila Kapten pasukan, Faisal Halim dilayangkan kad kuning pada minit ke-29 berikutan kekasaran yang dilakukan terhadap pemain pertahanan Thailand, Theerathon Bunmathan.

Afiq Zailani berpendapat, Mukhairi terlampau mudah rebah dan perlu digantikan dengan pemain lain di posisinya.

“Mukhairi tu macam senang sangat terjatuh, pemain Thailand tak besar mana pun jadi kenapa nak main jatuh-jatuh, kalau nak dapatkan sepakan percuma sekali pun biar la logik,” katanya.

“Malaysia malam ni nyawa pada Sharul Nazeem je, kalau dia tak ada banyak dah dibolosi, Nurhakim Hssan tu main pakai selipar ke selalu jatuh, yang lain semua pun main tenggelam malam ini,” ujar Merah Hitam.

“Macam gopoh dan takut pemain kita malam ini, takut aku tengok corak permainan Malaysia paling ketara bahagian kiri, kita dah tak boleh main formasi ‘parking bas’ dah kena buat serangan balas cepat kalau nak jaringan gol,” tambah Nazri Ndrawarman.

Meskipun skuad kebangsaan secara dasarnya hanya memerlukan satu gol untuk mengesahkan tiket ke pentas akhir, ia gagal direalisasikan oleh pemain kebangsaan yang dilihat kekal diasak sehingga ke akhir perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Thailand bakal bertemu pasukan Vietnam yang terlebih dahulu mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 2-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Cheng Hoe semakin ‘bernafsu’, nekad sambar awang import terbaik untuk Gergasi Merah musim depan – Sukan

Next Post

Kempunan ke final, skuad ‘mesin’ Harimau Malaya tetap membanggakan – Sukan

Related Posts