Tak tercalon ABK 2022, jurulatih berwibawa ada jawapan tersendiri – Sukan


KETUA jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim berlapang dada walaupun namanya tidak dicalonkan dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2022 anjuran Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Pengendali berusia 71 tahun itu berkata, pengiktirafan Jurulatih Terbaik wajar diberikan kepada golongan muda bagi menghargai sumbangan dan pencapaian mereka kepada kelab masing-masing.

“Bagi saya, peluang itu patut diberikan kepada jurulatih muda yang ramai mengemudi kelab-kelab dalam Liga Malaysia,” katanya kepada Majoriti.

Irfan Bakti berjaya mengubah reputasi Kuching City sepanjang kehadirannya sebagai ketua jurulatih. — Facebook/Kuching City FC

Irfan Bakti berkata, dia pernah merasai zaman kegemilangan itu ketika memenangi anugerah kategori itu pada 2011 selepas membantu Terengganu FA menjulang Piala FA dan muncul sebagai naib johan Piala Malaysia.

“Saya (tak kisah) pencalonan itu. Saya sudah merasainya pada 2011,” katanya ringkas sebagai mengulas kekecewaan segelintir penyokong yang mahu jurulatih berwibawa itu dicalonkan dalam ABK 2022.

ABK 2022 merupakan acara tahunan berprestij bola sepak tempatan yang mempertandingkan 16 kategori termasuk kategori Jurulatih Terbaik.

Seramai 10 ketua jurulatih dicalonkan untuk membawa pulang anugerah berprestij itu. — Facebook/MFL

Antara nama-nama yang dicalonkan ialah Ketua Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain yang dikatakan mempunyai peluang cerah untuk membawa pulang anugerah itu selepas membawa skuad Sang Penyu muncul sebagai naib juara Liga Super.

Selain itu turut tercalon ialah Badrul Afzan Razali (Terengganu FC II), Bojan Hodak (Kuala Lumpur City FC), Datuk Dollah Salleh (Sri Pahang FC), Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC), Hector Bidoglio (Johor Darul Takzim), K. Devan (Negeri Sembilan FC), Mariano Echeverria (Johor Darul Takzim II), P. Maniam (PJ City FC) dan Rezal Zambery Yahya (Kelantan FC).

Sentuhan Irfan Bakti dirasai selepas kelab kerdil itu berjaya mengejutkan peminat bola sepak tempatan selepas menamatkan saingan Liga Perdana di kedudukan ketiga.

Pencapaian itu pastinya membanggakan selepas ia membolehkan skuad The Cats untuk layak ke liga teratas domestik secara merit walaupun tiada perubahan dilakukan MFL. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Jelmaan Puyol’, penyokong TFC mahu bintang pertahanan kekal jadi watak penting musim depan – Sukan

Next Post

Tulang belakang Man Utd label pemain degil punca tewas di Villa Park – Sukan

Related Posts