‘Tak tahu apa pasal bola sepak’, TMJ bidas kelab enggan guna rumput ‘Zeon Zoysia’ – Sukan


PEMILIK kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertikaikan tindakan kelab bola sepak dalam negara yang enggan menerapkan penggunaan rumput jenis ‘Zeon Zoysia’ di stadium masing-masing atas alasan kos penyelengaraan yang tinggi.

Tunku Ismail bertitah, adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk kelab bola sepak memberikan alasan demikian memandangkan kira-kira RM300,000 peruntukan setahun diperlukan bagi tujuan penyelengaraan padang rumput jenis itu.

“Bagi saya ia bukan satu alasan kerana peruntukan paling kurang dalam Liga Super hari ini adalah RM8 juta bagi sesebuah pasukan. Kos selenggara padang tak mencecah lebih daripada RM300,000 jadi apa logiknya tiada pasukan boleh jaga padang? Ada kelab dapat peruntukan berpuluh juta daripada kerajaan negeri takkan tak boleh jaga?

“Mungkin mereka tidak tahu apa-apa tentang bola sepak atau tiada kesungguhan terhadap sukan tersebut atau ada agenda jangka masa panjang, kerana kalau dilihat di mana-mana negara yang maju dalam bola sepak semua memberikan keutamaan terhadap padang dahulu kerana ia mencerminkan pengurusan kelab,” titah baginda dalam sidang media selepas merasmikan projek penggantian rumput baharu jenis ‘Zeon Zoysia’ di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Tunku Mahkota Johor itu dalam masa sama mengakui tidak faham dengan pendirian kebanyakan kelab berhubung penggunaan rumput tersebut yang dilihat lebih mendatangkan kesan positif kepada kelab dalam mengharungi sebarang perlawanan mereka.

“Sekarang ialah masa untuk berubah, sampai bila lagi kita nak macam ini. Inisiatif Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk tawar pertingkatkan padang di setiap stadium dalam negara adalah satu tawaran baik dan perlu disambut baik oleh kelab lain,” titah baginda.

Minggu lepas, KBS menawarkan peruntukan menerusi dana geran padanan kepada semua exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis ‘Zeon Zoysia’ di padang yang terpilih.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, tawaran itu dibuat ketika mesyuarat pertama KBS bersama exco setiap negeri yang diadakan Januari lepas dan kini pihaknya sedang menunggu maklum balas setiap wakil negeri yang dijangka akan disampaikan dalam mesyuarat kedua akan datang. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Cristiano Ronaldo kembali reunion dengan 2 rakan lamanya di United – Sukan

Next Post

MPFL: Pahang Rangers ajar Terengganu cukup-cukup – Sukan

Related Posts